Iklaneka

Jangan Rasuah & Sedar Diri

Jual Ukhuwwah kerana Lain Fikrah?

Posted by Mujahid Siber 5487 Tuesday, November 03, 2009 0 comments


Ukhuwwah bermaksud tali persaudaraan antara umat Islam dimana setiap mereka yang beragama Islam tidak kira mana-mana bangsa dan kumpulan adalah bersaudara yang member erti batapa Islam mengajar penganutnya supaya menerapkan nilai berkasih sayang antara satu sama lain dan menggunakan perkataan saudara yang melambangkan betapa rapatnya umat Islam ini bagaikan satu darah keturunan. Sebagaimana sabda Rsulullah SAW yang bermaksud : Sesungguhnya Umat Islam itu bersaudara.”

Ungkapan “Sedangkan lidah pun tergigit” merupakan peribahasa melayu sebagai mana maklum. Peribahasa ini adalah kata-kata nenek moyang kita yang berkongi pengalaman melalui ungkapan-ungkapan seperti ini dan ia memberi maksud perbalahan antara adik-beradik atau sesama saudara ini adalah perkara lumrah seperti satu lagi ungkapan lain yang agak popular iait, “air di cincang tak akan putus.”

Perbezaan pandangan adalah perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana isu yang berlaku dan ada juga sehinggakan melahirkan pelbagai aliran pemikiran dan kumpulan biarpun dalam satu syahadah dan agama. Dalam sejarah umat Islam sudah banyak aliran fahaman yang diwujudkan sebagai mana bermula daripada mazhab sehinggalah kepada puak-puak yang berorientasikan fahaman politik.

Isu Mazhab sudah lama selesai sebagai mana yang kita lihat dan amal sekarang, biarpun pada asalnya Mazhab Islam cukup-cukup banyak tetapi sudah ditapi oleh ulamak-ulamat berdasarkan pandangan Al-Quran, Sunnah dan juga aqidah yang hanya menerima empat sahaja mazhab yang perlu di amalkan oleh umat Islam iaitu Mazhab Hanafi, Shafi’e, Hambali, dan Maliki. Ia tidak terhenti sebegitu sahaja kerana takut-takut bergaduh kerana mazhab dan ulamak mengambil pendekatan untuk satu kan semua mazhab ini di bawah satu kelompok yang dikenali Ahli Sunnah Wal Jammah ( Kumpulan yang mengikut Sunnah Rasulullah dan bersatu) yang membezakan dengan kumpulan lain seperti Syiah.

Inilah langkah yang diambil oleh ulamak-ulamak silam bagi menjaga persaudaraan umat Islam yang Alhamdulillah kekal sehingga sekarang. Namum kita tidak boleh berselesa kerana musuh Islam sentiasa mengatur strategi untuk memecahkan umat Islam melalui pemikiran sehinggakan muncul istilah-istilah pemikiran orang Islam yang mencabar hukum agamanya sendiri seperti Libralisme, Sekularlisme , Pluralisme, Hidorisme, dan lain-lain lagi.

Serangan ini dikenali sebagai perang saraf yang timbul selepas musuh Islam sudah berputus asa menyerang umat Islam dengan cara peperangan dimedan. Hasil haripada ini lah lahirnya pelbagai pandangan tantang agama Islam oleh umat Islam sendiri sehinggakan ada yang mencabar hokum yang termaktub di Fiqah.

Selain itu, mereka menggunakan fahaman politik bagi membuatkan umat Islam berlawan sesama sendiri. Mereka memperjuangkan pelbagai isu seperti bangsa, hak asasi manusi, konsep kenegaraan dan lain-lain lagi. Tetapi persoalannya dalah semua mereka ini komited dengan perjuangan masing-masing atau hanya semangat semata-mata totok denga perti masing-masing tetapi tidak faham apa yang diperjuangakan parti itu

Perselisihan pendapat adalah perkara lumrah yang berlaku dalam kehidupan manusia dan oleh sebab itu Allah mengantar Rasul di setiap zaman bagi menyatukan emikiran manusia ini dengan menggunakan agama.


Agama Islam adalah agama yang paling lengkap yang mencakupi perjalan kehidupan dengan juga pengisian rohani atau hati kita. Dalam Islam kita di ajar cara bersabar, beradab, bersangka baik dan juga berbincang dengan baik (hikmah) antara umat Islam seperti mesyuarat yang diajar oleh Rasulullah atau yang dikenali sebagai “Syura’”.

Sifat ego dan merasakan dirinya atau kumpulanya itu hebat dan betul adalah bercanggah sama sekali dengan apa yang diajar oleh Islam. Islam mengajar berbincang selagi mereka itu masih kukuh dengan aqidahnya dan tidak semestinya mereka yang parti lain contonhya adalah salah semuanya? Adakah mereka ini benar-benar dari parti poltik lawan?

Apa-apapun yang paling penting adalah jaga lah ukhuwwah, jangan lah bermasam muka kerana isu yang tidak mengaitkan percanggahan Aqidah dan ambillah jalan tengah. Umat Islam juga diajar menilai sesuatu pandangan yang tidak bias atau berkaitan dengan hal-hal yang dibenci terhadap orang itu, tetapi befikran rasional dalam apa yang hendak dibincangkan dan diputuskan dengan baik hingga mencapai persepakan yang diinginkan.

Wala’ bermaksud tahap ketaatan umat Islam kepada pemimpin, Islam mengajar umat nya mentaati pemimpin selagi membawa kearah kebaikan. Kita juga tidah diajar menjadi pak sanggup keatas suara ketu mereka itu dan diajar bersuara sebagaimana baginda rasulullah mengambil pendangan sahabatnya untuk menggali parit dalam peristiwa perang Khandak.

Suara ketua dijadikan kata putus atau halangan untuk member pandangan adalah salah sama sekali, tetapi ia diamalkan oleh sesetengan gerakan Islam. Sedang ahli jawatankuasa berbincang tiba-tiba ketua bersuara dengan pandanganya, tidak ada yang boleh membantah kerana dia adalah ketua dan ini adalah pertentangan dengan umat Islam.

Bagi melahirkan generasi umat Islam yang berkualiti haruslah dengan bantuan semua pihak dengan menunjukan teladan yang baik, yang lepas biarlah lepas dan selagi kita dibawah satu Syahadat, selagi kita berpegang dengan Al-Quran dan menyebut kalam yang salam, marilah sama-sama kita pelihara pertalian persaudaraan dan menantang musuh-musuh Islam yang nyata itu.




Pengaruh Daie Media

Posted by Mujahid Siber 5487 Tuesday, October 27, 2009 0 comments

Media merupakan satu alat yang mampu merangsang dan mempengaruhi sikap serta tingkah laku individu atau masyarakat merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Di peringkat budaya, media massa di harap supaya menjadi jambatan penting bagi mewujudkan dialog antara agama dan peradaban pelbagai bangsa di dunia negara agar ia menjadi semakin penting kepada dunia dalam menuju era globalisasi iaitu dunia tanpa sempadan.

Manakala Dakwah pula adalah kegiatan yang bersifat menyeru, mengajak dan memanggil orang untuk beriman dan taat kepada Allah Subhaanahu wa ta'ala sesuai dengan garis aqidah, syari'at dan akhlak Islam. Kata dakwah merupakan masdar (kata benda) dari kata kerja da'a yad'u yang berarti panggilan, seruan atau ajakan.


Ilmu dakwah adalah suatu ilmu yang berisi cara-cara dan tuntunan untuk menarik perhatian orang lain supaya menganut, mengikuti, menyetujui atau melaksanakan suatu ideologi, agama, pendapat atau pekerjaan tertentu. Orang yang menyampaikan dakwah disebut "Da'i" sedangkan yang menjadi obyek dakwah disebut "Mad'u". Setiap Muslim yang menjalankan fungsi dakwah Islam adalah "Da'ie".


Firman Allah Yang Bermaksud : Serulah ke jalan Tuhanmu dengan HIKMAH (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah dengan mereka dengan cara yang terbaik…-An-Nahl:125


Pendekatan dakwah berlainan mengikut peredaran zaman sebagaimana kisah-kisah pendekatan dakwah oleh para anbiaya seperti dizaman Isa A.S pendekatan baginda lebih kepada perubatan, manakala di zaman nabi Musa AS menggunakan pendekatan yang berkaitan dengan sihir kerana pada zaman itu sihir merupakan suatu yang popular dan Allah memerintshkan baginda melemparkan tongkang dan menjadi seekor ular besar lalu memakan ular-ular kecil daripada tukang sihir Firaun dizaman itu.


Begitu juga di zaman Baginda Rasulullah SAW yang terkenal dengan kecantikan bahasa dalam syair, lalu Allah SWT menurunkan Kalamullah Al-Quran yang cukup cantik bahasanya sehingga tidak ada sesiapa yang boleh menirunya.


Daripada pendekatan-pendekatan dakwah yang pelbagai inilah para Rasul dapat menyebarkan dakwah dengan sempurna dan ramai kaumnya menjadi pengikut. Begitu juga lah di zaman kita yang serba canggih ini yang mempunyai teknologi yang mudahkah kahidupan seharian.


Pendekatan dakwah melalui media merupakan salah satu cara untuk menyeberkan fahaman Islam kepada masyarakat, kerana pendekatan ini memberi kesan pada jangka masa yang lama. Pelbagai bahan media yang boleh digunakan dalam untuk menyebarkan fahaman tentang Islam ini seperti lakonan, muzik, cetakan, internet, dan lain-lain lagi.


Dalam lakonan, cerita-cerita yang sampaikan mestilah yang berkisahkan kebenaran, nasihat atau tauladan, membesarkan Allah dan tidak berunsurkan syirik seperti cerita hantu atau ilmu hitam atau cerita-cerita rekaan semata-mata kerana ingin memelihara pemikiran yang bersih daripada khayalan.


Melalui muzik pula merupakan salahsatu cara untu menambat hati-hati yang masih muda ini menginginkan kehidupan yang seronok dan tenang.Pendekatan dakwah dalam media ini mesti dimukan dengan penampilan si artis yang boleh menjadi role-model kepada si pendengar sebagai contoh hip-hop boleh mengekalkan rambut panjang, seluar besar, jeket dan t-shirt dan yang pasti, kekemasan dan kesopan itu yang menjadi perbezaan dengan penyanyi lain. Antara artis yang dijadikan contoh, Ust. Akil Hayy, Iqbal dan Yaasin.


Seterusnya lirik lagu yang semestinya tidak lari daripada mengagungkan tuhan atau menghuraikan ayat Al-Quran dan Hadis atu kisah anbiya serta nasihat-nasihat supaya mudah dalam memberi kefahaman kepada masyarakat biarpun dengan muzik yang pelbagai.


Internet merupakan satu medium yang merangkumi pelbagai medium seperti hiburan dan sumber maklumat dan jika ia dimanfaat dengan sebaiknya dapat melahirkan satu kesan yang besar kerana dengan internet kita boleh berhubung dengan seluruh masyarakat dunia.


Anak-anak muda suka melayari internet dan antara laman yang menjadi sambutan ialah Friendster, My Space, Facebook, Blog dan sebagainya. Laman-laman ini juga boleh digunakan untuk berdakwah seperti Friendster dan my space lebih kepada paparan gambar dan komunikasi, facebook dan blog pula tumpuan kepada perkongsian maklumat atau pendapat. Ini merupakan peluang yang baik untuk menghantar artikel-artikel dan pesanan kepada kenalan dan pembaca.


Seperti blog, kita boleh melihat betapa besarnya pegaruh dalam menyebarkan maklmumat daripada akhbar nyata. Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) baru-baru ini, hasil kajian yang mempengaruhi rakyat ialah para blogger dan jika ia merupakan alat yang amat sesuai untuk berdakwah di alam mini.


Media cetak sudah mula wujud sejak sekian lama yang digunakan oleh manusia sejak sekian lama terutama untuk menghantar utusan. Dizaman kini media ini semakin berkembang ada yang dikenali sebagai memorandum, risalah sehinggalah kepada sura khabar. Semua alat ini berperana untuk menyebarkan maklumat.


Media jenis ini tidak harus ditinggalkan kerana ia juga berguna kepada si pendakwah kerana tidak semua orang melayari internet malah sebahagian besar masyarakat membeli akhbar untuk mengetahui isu semasa. Dengan cara ini juga tidak kirang besar kesan dalam member kefahaman kepada masyarakat.


Televisyen dan radio adalah saluran media yang semua orang guna, akan tetapi kosnya terlalu tinggi jika ingin dimiliki dan bukan calang-calang untuk bersuara dalam rancangan-rancangan yang disediakan oleh pihak penyiaran. Namun, ia juga tidak harus dipinggirkan serta merta kerana media ini merupakan tahap tertinggi jika kita menjadi seorang yang pakar dalam apa-apa bidang dan akan di pelawa untuk berbicara tentang kepakaran anda dalam media ini.


Begitulah besarnya impak daripada pengaruh media ini dan alat ini perlu dikuasai kerana jika diimbas kembali sejarah-sejarah, yang menceritakan besarnya pengaruh media sehinggakan dalam menjatuhkan sesebuah kerajaan dan mengawal pemikiran manusia.

Isu Royalti Petroleum dan Gas Asli Kelantan

Posted by Mujahid Siber 5487 Wednesday, October 21, 2009 0 comments


Oleh Syed Azidi AlBukhary

Pada 16 Mac 2009, sebuah seminar berhubung KDNK mengikut Negeri telah diadakan di Unit Perancang Ekonomi Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Menerusi bahan-bahan yang dibentangkan satu penemuan menarik telah mengesahkan segala yang sebelum ini sering cuba disembunyikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Di dalam seminar tersebut, Economic Planning Unit (EPU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Statistik Negara memaklumkan angka baru sektor perlombongan di Negeri Kelantan. Ianya sangat signifikan iaitu RM2,615 juta bagi tahun 2006 dan RM2,721 juta bagi tahun 2005. Bagi memudahkan kita, elok sahaja angka itu dibaca sebagai RM2.6 Billion dan RM2.7 Billion. Pada kebiasaannya sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK Negeri Kelantan hanyalah 1.5% sahaja iaitu didalam lingkungan RM70 ke RM100 juta sahaja.

Wakil Jabatan Statistik Negara memaklumkan bahawa kesahihan data tersebut adalah berpunca daripada PETRONAS. Didalam erti kata lain, apa yang difahami dari seminar sehari tersebut ialah Petroleum dan Gas Asli telah mula menyumbangkan kepada KDNK Negeri Kelantan dari tahun 2005 lagi.

Pada 9 Mei 1975, Kerajaan Negeri Kelantan telah menandatangani Perjanjian di bawah akta 144 Petroleum Development Act 1974. Perjanjian tersebut yang kebelakangan ini cuba pula dinafikan oleh beberapa pemimpin BN termasuk tokoh BN Kelantan bertajuk, “Grants of Rights, Powers, Liberties and Privileges in respect of Petroleum”.

Section 4 di dalam perjanjian tersebut di baca seperti berikut,

“Section 4. Cash payment by the Corporation.

In return for the ownership and the rights, powers, liberties and privileges vested in it by virtue of this Act, the Corporation shall make to the Government of the Federation and the Government of any relevant State such cash payment as may be agreed between the parties concerned.”

Oleh yang demikian, sekiranya royalti Petroleum dan Gas Asli dibayar kepada Kelantan berdasarkan data EPU Jabatan Perdana Menteri mengikut akta dan perjanjian yang ditandatangi maka Kelantan berhak mendapat royalti 5% daripada hasil pengeluaran.

Oleh yang demikian, royalti yang harus dibayar secara tunai oleh kepada negeri Kelantan pada tahun 2005 ialah sejumlah RM131 juta. Bagi tahun 2006 pula ialah RM136 juta. Data Rasmi bagi tahun-tahun seterusnya belum dikeluarkan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat daripada kenyataan Media PETRONAS, SHELL, CS MUTIARA dan AREMADA HESS menyakinkan bahawa aktiviti carigali dan penggerudian Gas Asli di beberapa blok berhampiran Perairan Kelantan sedang bertambah aktif, bererti jumlah hasil semakin meningkat setiap tahun.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia

statistik petroleum JPM

Pada 2004, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan diletakkan bersama Sabah dan Terengganu sebagai penyumbang sebanyak 62.5% hasil galian Petroleum di Malaysia.

Ketiga-tiga negeri ini menghasilkan keluaran kasar sebanyak RM46,810,935 ribu (atau RM46 Billion). Sila rujuk buku mukasurat 187, Jadual 5.3 buku jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2004.

Kekeliruan Dalam Isu Petroleum dan GAS Kelantan

Kekeliruan tidak dinafikan tetapi bukan dari soal wujudnya aktiviti perlombongan Petroleum dan Gas tetapi dalam soal hak Negeri Kelantan. Tahun lalu, Menteri Senator Amirsham memberitahu Dewan Rakyat bahawa tiada sumber Petroleum dan Gas di Kelantan.

Kenyataan Mustapha

Kenyataan Media Mustapha Mohamed

Pada 28 Jun 2009, Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Mustapha Mohamed menafikan bahawa hasil bumi itu adalah hak Kelantan kerana katanya ia adalah di kawasan pertindihan antara Malaysia dan Thailand serta Malaysia dan Vietnam.

Mustapha Tidur Ketika Abdullah Badawi Merasmikan ECER 2007

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang BN, Alwi Che Mat dan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek lebih positif dan lebih mementingkan hak Kelantan dari bermain politik lantaran bersedia untuk bersama-sama rakyat Kelantan mendapatkan hak tersebut.

Peguam dan ahli politik, Zaid Ibrahim turut sama menyertai usaha mulia ini. Adalah diharapkan, YBM Tengku Razaleigh Hamzah juga akan turut serta.

Memahami Kekeliruan

Perairan Negeri ditakrifkan hanya 3 batu nautikal. Bagaimanapun apabila Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia, kedua-dua negeri tersebut dijanjikan hak bahawa segala hasil petroleum mereka akan terus menjadi milik mereka walaupun telaga minyak mereka jauh ke tengah laut dan ditakrifkan sebagai jatuh kedalam Perairan Malaysia.

Petroleum Act 1

Akta 144

Bagaimanapun dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan hak Malaysia dari terus digerudi dan di sifon oleh syarikat-syarikat petroleum asing dengan pulangan yang sedikit kepada Malaysia, PETRONAS ditubuhkan.

Beberapa buah negeri setelah berdepan dengan pelbagai tekanan akhirnya tunduk dan menandatangi perjanjian dengan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia menyerahkan hak mereka dengan PETRONAS dijanjikan akan membayar sebanyak 5% secara tunai dari hasil Petroleum dan Gas Asli terus kepada Negeri-Negeri tersebut.

Petroluem Act section 4

Seksyen 4 Akta 144

Persoalan 3 batu nautikal tidak lagi menjadi isu. Negeri-negeri menyerahkan hak mereka terutama seperti Sabah dan Sarawak. Bagi Kelantan dan terengganu pula, sebelum tubuhnya Persekutuan Tanah Melayu, kedua-dua negeri ini adalah Negeri-Negeri Tidak Bersekutu. Penyertaan ke dalam Persekutuan menyebabkan banyak hak Raja-Raja mereka terlucut. Oleh yang demikian, di dalam banyak hal antara Negeri dan Persekutuan, semangat yang memeterai perjanjian Persekutuan sering diutamakan.

Petroleum Act Agreement

Contoh Draf Perjanjian Yang Ditandatangi Oleh Negeri-Negeri

Atas semangat tersebut, Negeri Terengganu mendapat imbuhan royalti minyak walaupun pelantar minyaknya jauh lebih 161 Kilometer ke tengah Laut China Selatan.

Hak Kelantan

Telaga Minyak Semenjanjung

PM301 dan PM302 dalam Perairan Kelantan, Bersebelahan Dengan JDA (Lihat Juga Blok Minyak Terengganu Yang Lebih Jauh)

Perairan Kelantan tidak dinafikan kaya dengan Gas Asli. Blok PM301 iaitu bermula dari Tumpat hingga ke tengah laut dan blok PM302 yang bersempadan dengan blok PM301 adalah dua blok yang telah diterokai melalui usahasama Petronas Carigali dan Shell. Bukti hasilnya akan di dedahkan di ruangan selepas ini.

Kawasan pertindihan atau di Kenali sebagai Joint Development Area (JDA) Malaysia – Thailand pula adalah kawasan teraktif di Teluk Siam. Aktiviti mengeluarkan gas asli di sini telah mula membuahkan hasil bermula 2 Januari 2005.

Ini adalah salah satu kawasan yang disebut oleh Mustapha Mohamed, seorang rakyat Kelantan sebagai bukan hak Kelantan.

Mustapha Mohamed seorang dayus. Mustapha Mohamed juga buta geografi. Kawasan JDA di mana operasi projek Cakrawala telah bermula sejak 2005 terletak hanya 150 kilometer dari Bandar Kota Bharu. Ianya terletak 180 dari Pekan Pattani (atau 160 km dari perairannya), 260 km dari Bandar Songkhla dan 310 km dari Pekan Kerteh.

Fakta JDA

JDA Location MAP

Kota Bharu Hanya 150 Km dari JDA

Sehingga hari ini, Mustapha tidak pernah memperjuangkan hak mendaratkan gas asli itu ke Bachok seperti yang dikehendaki oleh Kerajaan Kelantan walaupun ternyata ianya adalah kawasan paling ekonomikal dan strategik.

Pipeline

Paip Menyalurkan Minyak Menerusi Jalan Bahaya dan Jarak yang Amat Jauh

  • Gas Asli dari kawasan JDA di daratkan ke Songhla 110 km lebih jauh dari Kota Bharu, bandar terdekat.
  • Gas Asli itu mahu disalurkan menggunakan paip ke Gurun Kedah dari Songhkla menerusi laluan konflik di wilayah bergolak di Selatan Thai.
  • Perjanjian penerokaan dengan Thailand adalah berdasarkan 50:50.
  • Hak Malaysia di hantar dulu ke Songhkla mengapa tidak terus ke Malaysia?

Apa yang dinamakan JDA ialah

  • Kawasan seluas 7,250 km persegi dengan bandar terdekat ialah Kota Bharu Kelantan.
  • Tenaga kerja di kawasan JDA berkumpul di Kota Bharu dan dihantar dengan helikopter ke JDA kerana ia paling ekonomikal.
  • Berdasarkan data penghujung 2007, dianggarkan kawasan JDA menpunyai reserve gas asli sebanyak 8.5 trillion standard cubic feet.
  • Lebih 20 zon gas asli telah ditemui.
  • Produksi gas asli telah bermula pada 2 Januari 2005 di zon Cakrawala.

Pada 3 Mei 2005, Kastam Thailand telah mengeluarkan kenyataan berikut,

“The Joint Development Area is 260 kilometers far from Songkhla Province, where gas, oil, and condensate are located. The gas production in the JDA has been commenced since 2 January 2005 and the approximate profit to Thailand at the first stage will be of 45,000 million baht.”

Untuk maklumat lanjut tentang hasil yang diperoleh oleh Thailand, pembaca boleh hubungi Public Relations Sub- Division Tel.02-671-7077 ,02-249-9017.

Offshore Magazine

Petikan Berita Dalam Majalah Offshore

Jika Thailand memperolehi bahagiannya sebanyak 45 billion Baht dari satu zon di JDA, bererti Malaysia juga memperolehi jumlah yang sama atau lebih kurang RM4.5 Billion.

Hess Statement 1

Kenyataan Media Hess

Blok eksplorasi di JDA adalah seperti berikut,

  • A18 – Kontraktor ialah PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%) dan Hess Oil Company of Thailand (JDA) Ltd (49.5%), Hess Oil Company of Thailand Inc. (0.5%). Operator ialah Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd.
  • B17 (termasuk B17-1) dan C19 – Kontraktor ialah PTTEP International Limited (50%) dan PETRONAS Carigali JDA Ltd (50%). Operator Carigali PTTEP Operating Company Sdn Bhd.

Petronas Statement JDA 1

Kenyataan Media PETRONAS

Pengeluaran bagi kawasan JDA adalah seperti berikut,

  • Blok A18 ( 9 zon) – Cakrawala, Bulan, Suriya, Bumi, Bumi East, Senja, Samudra, Wira dan Samudra North.
  • Blok B17 (9 zon) – Muda, Tapi, Jengka, Amarit, Mali, Jengka South, Jengka West, Jengka East dan Muda South.
  • B17-01 (3 zon) – Tanjung, Jinda dan Andalas.

Komplex utama terletak di Blok A18 bernama Cakrawala Production Complex. Siap pada 2002 dan mengeluarkan hasil menerusi 19 telaganya mulai 2 Januari 2005.

Blok B-17 dijangkakan akan mengeluarkan hasil pada Oktober 2009.

Mengapa Kelantan Tidak Mendapat Imbuhan?

DSC_0371

Anak tempatan Hanya Berputih Mata Kalau Kita Tidak Sanggup berputih Tulang – Foto Ehsan LanJan

Malaysia menerusi PETRONAS memperolehi 50% dari hasil penemuan di JDA yang begitu dekat dengan Kota Bharu sehinggakan pemancing tempatan pun boleh pergi ke pelantar tersebut.

Terengganu

Telaga Minyak Terengganu 166 KM Pun Dihantar Balik Ke Terengganu

JDA lebih dekat dengan Kota Bharu berbanding telaga minyak di Terengganu dan jaraknya dengan Kerteh.

Hujah mengatakan Kelantan tidak berhak kerana ia terletak di kawasan bertindih adalah begitu mentah sekali kerana,

  • Kawasan itu dituntut sebagai hak Malaysia kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia,
  • Malaysia memperolehi 50% dari hasil di situ kerana Kelantan adalah sebahagian dari Malaysia.

Oleh yang demikian, ia menunjukkan pentingnya Kelantan didalam penyelesaian dan hak Malaysia ke atas JDA.

Jika Kelantan adalah sebahagian dari Thailand atau sebuah wilayah bebas, tentu sekali Malaysia tidak ada hak langsung ke atas hasil bumi dan lautan di situ.

Sempadan perairan Malaysia disitu dipengaruhi oleh kewujudan Kelantan sebagai sebuah wilayah di dalam Malaysia.

Kelantan bukan sebuah negeri yang dijajah atau dirampas oleh Malaysia atau Persekutuan Tanah Melayu. Sejarah membuktikan bahawa Kelantan pernah berada dibawah pengaruh Siam, Jepun dan Inggeris. Sewaktu dibawah pengaruh Inggeris, Kelantan diiktiraf mempunyai sebuah Kerajaan Berdaulat diketuai oleh baginda Sultannya. Inggeris mengklasifikasikan Kelantan sebagai Negeri-Negeri Tidak Bersekutu.

Penyertaan Kelantan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu adalah atas semangat Persekutuan bukan dengan rasa dijajah. Sultan Kelantan terus dijamin hak kekuasaannya dibawah semangat Persekutuan dan juga berdasarkan haknya sewaktu menjadi Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu atas dasar penyatuan. Bersatu turut bererti berkongsi. Kedayusan yang ada pada Mustapha Mohamed harus tidak mempengaruhi rakyat Kelantan dalam mempertahankan hak mereka.

(Bersambung kelak – Analisa PM301 dan PM302 hak Kelantan menjelang 2011 dan 2012).

DSC_0379

Janganlah Kita Jadi dayus Macam Mustapha Mohamed – Foto Ehsan LanJan

http://kickdefella.wordpress.com/

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra menyokong usaha kerajaan Kelantan untuk menuntut bayaran royalti petroleum seperti perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975.

Baginda bertitah berasaskan data daripada Jabatan Perangkaan yang diedarkan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri, sumbangan Kelantan kepada pengeluaran petroleum seluruh negara bagi tahun 2005 hingga 2008 adalah lebih tinggi daripada pengeluaran negeri Sabah.

"Pengeluarannya adalah sebanyak 5.4 peratus setahun dan mengikut catatan itu pengeluaran petroleum dari perairan Kelantan telah bermula sejak 2005.

"Kerajaan negeri hendaklah meneruskan usaha-usaha bagi mendapatkan royalti berkenaan seperti kehendak perjanjian yang telah termaktub antara kerajaan negeri dan Petronas," titah baginda ketika menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Negeri Kelantan Ke-12 di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu hari ini.

Baginda bagaimanapun yakin di bawah prinsip dan semangat persekutuan, Petronas akan melaksanakan kehendak perjanjian berkenaan yang mengkehendaki bayaran tunai dilunaskan sebanyak dua kali setiap tahun.

Titahnya pembayaran royalti itu nanti, baik tunggakan mahupun bayaran semasa, akan meningkatkan pendapatan bagi Kelantan dan jika perkara itu terlaksana, kerajaan negeri dinasihatkan supaya membelanjakan royalti tersebut dengan sebaik mungkin.

"Beta difahamkan kawasan pengeluaran gas dan minyak bagi beberapa kawasan pelantar yang paling hampir adalah dengan negeri ini.

"Beta juga berharap Petronas dan kerajaan pusat dapat memikirkan penempatan aktiviti keperluan pelantar, pembaikian dan penyelenggaraan kapal-kapal ini berada di bumi Kelantan berdasarkan ia paling hampir," titahnya.

Menurut baginda, jika pembangunan berkaitan aktiviti pengeluaran minyak di perairan Kelantan dapat dikembangkan, sudah tentu ia dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara dan dapat menarik pelaburan luar negara ke Malaysia.

Isu royalti minyak ini timbul apabila Kelantan menuntut sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat berdasarkan pelantar minyak itu dibina di perairan Kelantan.

Kerajaan pusat bagaimanapun sedang meneliti tuntutan Kelantan itu dan kini masih di peringkat kajian secara menyeluruh sama ada Kelantan berhak menerimanya. BERNAMA

Nampak Kuat Agama Tapi Masuk Neraka

Posted by Mujahid Siber 5487 Thursday, October 15, 2009 0 comments

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya.

Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan.

Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam.

Tidakkah kita selalu membaca hadis:

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Pendusta Agama

Dalam hadis lain Nabi s.a.w menceritakan tentang akhir zaman ada para pembaca al-Quran kerana hendak dapat untung. Ini dapat kita lihat dalam negara kita mereka yang memakai ‘pakaian agama’ dan mengutip wang daripada orangramai kononnya kerana hendak membuat penghantaran pahala kepada si mati.

Mereka membuat untung yang besar saban tahun atas nama al-Quran dan orang menganggap mereka melakukan kebaikan sedangkan Nabi s.a.w menyindir perbuatan ini dengan sabdanya:

“Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia” (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam sejarah ramai mereka yang menampil watak ‘agama’ tetapi sebenarnya penjenayah agama. Antara yang terkenal ialah Abu ‘Ismah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta hadis-hadis dusta kononnya kerana ingin mendapat pahala dengan diadakan hadis-hadis fadilat itu dan ini khususnya tentang surah-surah al-Quran.


Dia digelar Nuh al-Jami’ bermaksud Nuh yang menghimpunkan. Ini kerana dia menghimpunkan ilmu daripada berbagai tokoh-tokoh besar. Namun al-Hafiz Ibn Hibban menyatakan: “dia menghimpunkan segalanya, kecuali cakap benar”. (lihat: al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, 185, Beirut: Dar al-Fikr).

Pada zahirnya, dia tokoh agamawan namun pada hakikatnya dia sebenarnya pendusta agama. Bukan sedikit orang yang sepertinya dalam sejarah pengumpulan hadis. Kata seorang tokoh pengkaji hadis, Dr. Hammam Sa`id:

“Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas RasululLah s.a.w boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam” (Hammam `Abd al-Rahim Sa`id, Al-Tamhid fi `Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan).

Ini kerana tindakan mereka telah menipu atas nama Nabi s.a.w dan merubah wajah asal agama. Jika dilihat atau dinilai pada zahir ibadah dan pakaian mereka, tentu kita menyangka mereka golongan yang soleh, tetapi di sisi agama mereka adalah para pendusta yang termasuk dalam sabda Nabi s.a.w:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Khawarij

Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij.

Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut:

“..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka.

Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah).

Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.

Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida ‘Ali bin ‘Abi Talib. Selepas zaman ‘Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam.

Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi s.a.w menyebut tentang mereka:

“Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat” (Riwayat al-Bukhari).

Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi s.a.w memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jamaah mereka.

Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan.

Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal dari membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya.

Oleh: Dr Mohd Asri Zainul Abidin

BN Buta Moral?

Posted by Mujahid Siber 5487 Wednesday, October 14, 2009 0 comments


Bahang Bagan Pinang sudah pun berlalu dan siapa jaguhnya sudah pun diketahui. Seperti biasa suasana dalam Pilihan Raya"Di Malaysia" , pelbagai spekurasi atau mainan politik yang dimainkan oleh kedua-dua belah pihak hinggakan berlaku isu pukul memukul antara penyokong dan ada juga kepada pemimpin.

Namun bukan isu itu yang ingin di nayatkan disini, apa yang menimbulkan persoalan disini ialah yang menang dan mendapat sokongan ialah individu yang pernah terlibat dengan isu rasuah atau politik wang dalam parti UMNO dan di gantung keahliannya.

Semasa pemilihan calon bagi DUN tersebut yang ura-ura mengatakan Tan Sri Isa Samad akan menjadi calon, isu itu mendapat seaksi mantan presiden UMNO dan juga Perdana Menteri keempat iaitu Tun Dr. Matahir dimana beliau mengatakan dengan maksud yang mendalam "kalau saya menjadi isa, saya tidak akan terima tawaran menjadi calon". Tun sendiri pun merasakan ketidak sesuaikan Tan Sri Isa menjadi calon kerana merujuk kepada isu rasuah yang kian berluasa dalam negara kini.

Namun ia tidak diendahkan oleh para penyokong yang memilih beliau menjadi calon malah memenagi pilihanraya tersebut dan seolah-oleh penyokong UMNO dan BN buta moral yang tidak dapat membezakan antara baik dan buruk.

Adalah ini memberi gambaran budaya UMNO, biarpun dalam menentang rasuah tetapi memilih calon yang terlibat dengan rasuah untuk menjadi pemimpin mereka.

Ada yang berpandangan mungkin beliau sudah insaf, dan tidak akan buat lagi kesalahan itu. Betul kalo beliau sudah insaf, kita menerimanya akan tetapi dalam poltik kita memerlukan individu-individu yang bersih untuk memimpin ahli dan rakyat, barulah jaminan itu di yakini.

Definisi ALLAH Menurut Ensiklopedia Britannica

Posted by Mujahid Siber 5487 Tuesday, October 13, 2009 0 comments

(Bahasa Arab: "Allah"), satu-satunya Allah dalam agama Islam. Dalam bahasa, nama Allah mungkin merupakan kontraksi dari Bahasa Arab al-Ilah, "Allah." Asal usul Nama dapat ditelusuri kembali ke awal tulisan-tulisan Semit di mana Perkataan untuk Tuhan adalah Il ataupun El, yang belakangan menjadi Perjanjian Lama sinonim untuk Yahweh. Allah adalah standard Perkataan Arab untuk "Tuhan" dan digunakan oleh orang Kristian Arab mahupun oleh umat Islam. Allah adalah paksi daripada iman Muslim.

Kitab suci Muslim, Al-Quran? Sebuah, terus-menerus berkhotbah realiti Allah, ia tidak boleh diakses misteri, dengan pelbagai nama, dan tindakannya atas nama ciptaan-Nya. Tiga tema melebihi kekuatan: (1) Allah adalah pencipta, hakim, dan memberi upah; (2) ia adalah unik (wa? Id) dan inheren satu (a? Iklan), dan (3) Allah itu Maha Kuasa dan semua-berbelas kasih. Allah adalah "Tuhan semesta alam," yang paling tinggi, "tidak ada yang seperti kepada-Nya," dan itu adalah permintaan orang percaya untuk menyembah Allah sebagai pelindung dan kekuatan untuk memuliakan-Nya kasih sayang dan pengampunan.

Tuhan, kata Al-Qur? Sebuah, "suka kepada orang-orang yang berbuat baik," dan dua ayat dalam Al Quran? Ekspres saling cinta antara Allah dan manusia, tetapi ajaran Yahudi-Kristian "mengasihi Tuhan dengan segenap hatimu" adalah tempat dirumuskan dalam Islam. Penekanannya lebih tentang kedaulatan Allah yang ghaib, yang satu harus menyerahkan diri. Pada intinya, "menyerah kepada Allah" (islam) adalah agama itu sendiri. Kesalehan muslim telah dikumpul, dalam Al Quran? Sebuah dan dalam? Adith (perkataan-perkataan Nabi Mu? Ammad), yang 99 "nama yang paling indah" (al-asma? Al-? Usna) Allah, dan nama-nama ini telah menjadi objek daripada setia membaca dan meditasi.

Di antara nama-nama Allah adalah Satu dan Hanya, yang Hidup Satu, yang hidup daripada (al-? Ayy al-Qayyum), Real Kebenaran (al-? Aqq), yang Maha Tinggi (al-? A? Im), Bijaksana (al-? Akim), yang Mahakuasa (al-? Aziz), yang Maha Mendengar, (sebagai-Sami?), lagi Maha Melihat (al-Ba? ir), yang Maha Mengetahui (al-? Alim), Saksi (Shahid), pelindung (al-Wakil), yang Dermawan (ar-Ra? pria), yang Maha Mengasihani (ar-Ra? im), dan Constant Pengampun (Ghafur, Ghaffar).

Setiap saat ada freethinkers dalam Islam, tetapi jarang memang telah menjadi pemikir Muslim yang telah menafikan kewujudan Allah. Memang, pengakuan iman (syahadat) oleh seseorang yang diperkenalkan ke dalam komuniti Muslim terdiri daripada penegasan bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Mu? Ammad adalah nabi. Bagi kaum muslim yang soleh, setiap tindakan yang dibuka oleh doa para nama ilahi (Basmalah).

Insya formula? Seorang Allah, "Insya Allah," sering muncul dalam ucapan sehari-hari. Formula ini adalah peringatan yang selalu ada campur tangan ilahi dalam susunan dunia dan tindakan manusia. Islam percaya bahawa tidak ada yang terjadi dan tidak ada yang dilakukan kecuali mengikut kehendak atau perintah Allah.

Sikap peribadi seorang muslim beriman, kerana itu, adalah penuh ketundukan kepada Tuhan, "yang satu tidak soalan" tapi siapa yang tahu sesuai dengan (Al-Qur? Anic) Perkataan untuk menjadi hakim yang adil, sekaligus hebat dan murah hati, dan tertinggi bantuan.

http://myislamnetwork.net/


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) adalah badan induk pelajar-pelajar Islam Malaysia di peringkat kebangsaan yang berdaftar secara rasmi dengan Pendaftaran Pertubuhan (Pendaftaran 1569 Selangor) pada 27 Jun 1961, dikenali sebagai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan pada tahun 1963 namanya ditukar seperti yang ada sekarang. Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia ditubuhkan pada 31 Mac 1961 bertempat di Asrama Kedua, Universiti Malaya.

Penubuhan PKPIM telah diusahakan oleh sekumpulan 10 orang pelajar dari 5 buah institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Malaya, Maktab Teknik Kuala Lumpur, Maktab Pertanian Malaya, Kolej Islam Malaya dan Maktab Perguruan Bahasa bertujuan menggabungkan semua persatuan pelajar Islam tanahair dan menjalankan aktiviti-aktiviti bagi kepentingan pelajar-pelajar Islam dipersekutuan Tanah Melayu. Penubuhannya di peringkat awal bertujuan untuk menjadi wakil pelajar-pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu membuat hubungan di peringkat kebangsaan serta dengan lain-lain persatuan pelajar Islam di luar negara.

Bermulanya kesedaran tentang perlunya sebuah persatuan pelajar Islam adalah ekoran daripada Seminar Pelajar-Pelajar Islam se-Malaya yang diadakan pada 4 September 1960 bertempat di Universiti Malaya yang buat pertama kalinya dianjurka atas nama Islam. Perwakilannya terdiri dari pelajar-pelajar dari Malaya, Indonesia, Singapura, serta para jemputan dari Brunei, Sabah, Sarawak, Filipina dan Ceylon. Antara resolusi seminar tersebut ialah perlunya persatuan pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu mengadakan satu persatuan kebangsaan bagi menyatupadukan pelajar-pelajar Islam di Persekutuan Tanah Melayu. Seminar tersebut juga menjadi cetusan awal gagasan penubuhan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam bertaraf universiti. Jawatankuasa seminar tersebut telah diberi mandat membentuk Jawatankuasa Perancang Penubuhan PKPIM yang bertanggungjawab membincangkan pembentukkannya dan merangka perlembagaan PKPIM.

Akhirnya pada 31 Mac 1961, bertempat di Asrama Kedua Universiti Malaya, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu (PKPIPTM) telah berjaya ditubuhkan dengan 5 buah badan gabungan dan tanggal 27 Jun 1961 seterusnya PKPIPTM didaftarkan sebagai pertubuhan pelajar Islam yang sah.

Tidak dinafikan, sebelum lahirnya PKPIM terdapat beberapa persatuan yang cuba mewakili aspirasi pelajar, misalnya Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Persatuan Malaysia (PKPM) yang ditubuhkan pada 15 Mac 1958. Namun, kedua-dua persatuan awal tersebut tidak dapat diterima khususnya oleh pelajar-pelajar yang mewakili visi Islam yang sederhana sifatnya. Akibatnya PKPM hanya tinggal nama sahaja meskipun GPMS masih terus benafas dengan semangat nasionalisnya. Penubuhan PKPIM diperingkat awal disambut dengan baik oleh pelbagai pihak, momentum yang kuat ini juga menjadikan PKPIM turut disokong oleh GPMS kerana Persatuan yang wujud di atas perjuangaan Melayu itu, mengharapkan agar PKPIM dapat memainkan peranannya yang penting untuk meningkatkan lagi syiar Islam dikalangan pelajar-pelajar Malaya. Sokongan itu telah diputuskan di persidangan GPMS ke-13 di Johor Bahru pada tahun 1961.

Atas dasar mewujudkan gerakan pelajar yang diwakili secara menyeluruh oleh semua pelajar Islam, beberapa pimpinan GPMS turut serta dalam dalam jawatankuasa perancang penubuhan PKPIM. Walau bagaimanapun hubungan baik ini hanya wujud diperingkat awal sahaja. Melalui pertengahan tahun 60-an kedua persatuan ini mengambil pandangan dan pendekatan yang berbeza dalam beberapa isu antaranya isu anti Tengku (1969), isu Telok Gong (1967), isu autonomi Universiti (1971), isu anti rejim Thanom Kitikachorn (1971) dan beberapa isu nasional lainnya. Kekuatan PKPIM terletak pada iltizam dan komitmen serta kesediaan ahlinya untuk menggerakkan PKPIM dengan konsep dakwah tanpa sebarang kepentingan diri.


Dasar Perjuangan

Sejak ditubuhkan hinggalah ke saat ini, dasar pergerakan PKPIM tetap berlandaskan kepada Al-Amr bil Ma’ruf dan an-Nahyu a’nil Munkar, selaras dengan tujuan penciptaan manusia sebagai hamba dan khalifah Allah di atas muka bumi. Perjuangan PKPIM tidak terbatas pada golongan pelajar, tetapi lebih luas termasuk cuba mencari penyelesaiaan terhadap masalah Ummah dan kepentingan sejagat. Asas ini dinyatakan dengan jelas seperti yang dinyatakan dalam “symposium Pemimpin Pelajar PKPIMke-2” yang diadakan pada bulan Februari 1978 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

PKPIM turut menyuarakan keprihatinannya terhadap masalah-masalah isu antarabangsa seperti Palestine, umat Islam minority di Patani, isu Afghanistan, isu umat Islam Filipina dan sebagainya. PKPIM pernah menerbitkan isu khas SUARA MAHASISWA dan demonstasi aman pelajar pada tahun 1971 atas lawatan Perdana Menteri Thailan Tun Thanom Kitikachorn.

Antara sumbangan terpenting PKPIM ialah gagasan penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang pertama di negara ini yang diusahakan dalam Kongres Kemajuan Islam Semenanjung Malaysia yang dianjurkan oleh PKPIM pada tahun 1966. Seterusnnya disusuli dengan Seminar Peradaban Islam pada tahun 1967 anjuran Persatuan Pelajar Kolej Islam Malaysia (PPKIM), badan gabungan PKPIM. Salah satu kertas kerja yang dibentangkan ialah “Konsep Universiti Islam” yang dibentang oleh al-Marhum Prof. Dr. Ungku Omar.

Usaha PKPIM yang seterusnya ialah menjadi penaja Kongress Universiti Islam pada bulan Ogos 1971. Hanya pada tahun 1981 pihak kerajaan dengan usaha pelbagai pihak termasuk Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim, di bawah pimpinan Y.B Datuk Seri Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia, penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang pertama di Malaysia dan di rantau ini telah direalisasikan.

Cita-cita PKPIM untuk melahirkan golongan pelajar yang memahami Islam sebagai cara hidup yang syumul dengan pendekatan berhikmah merangkumi di peringkat pelajar dan selepas zaman pelajar. Justeru itu bagi memastikan wujudnya kesinambungan perjuangan dan keperluan kepad satu pergerakan yang stabil dan bersigfat jangka panjang, maka Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada tahun 1971 dalam Muktamar PKPIM ke-10. PKPIM juga menjalinkan jaringan utuh sebagai salah satu badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang aktif dalam aktiviti pembangunan belia. Malah beberapa tokoh pimpinan PKPIM pernah menjawat jawatan Presiden MBM.

Jaringan PKPIM diperluaskan di peringkat antarabangsa di mana turut menjadi badan gabungan aktif dalam Himpunan Belia Islam Sedunia (World Assembly of Muslim Youth-WAMY) dan menjadi anggota gabungan kepada Persekutuan Pelajar-Pelajar Islam Antarabangsa (International Islamic Federation of Student Organisation-IIFSO) sejak 1971, dan juga penaja kepada penubuhan Persekutuan Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEPIAT). PKPIM hingga kini terus bergerak aktif dengan rangkaian yang cukup meluas dengan wujudnya badan gabungan PKPIM hampir setiap negeri dan kampus. PKPIM akan terus berbakti sesuai dengan motonya “HIDUP BIAR BERJASA”.

http://www.pkpim.net

Almarhum Dato' Fadzil Noor Tarbiah ABIM Kepada PAS

Posted by Mujahid Siber 5487 Monday, October 12, 2009 0 comments

UNTUK penggerak dan peneraju gerakan Islam di Malaysia, siri kuliah 'Aqidah dan Perjuangan' oleh Ustaz Fadzil Noor yang kemudian dibukukan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat adalah satu monumen; seakan-akan manifesto perjuangan yang mesti dibaca.


Lapan tahun Presiden PAS, dan Ketua Pembangkang yang berkaliber Dato' Fadzil Mohd Noor sudah pergi meninggalkan kita.Justify Full

Lapan tahun itu sebenarnya masih terlalu muda kerana hanya minggu lalu kita mengecapi 'kejayaan' yang sebetulnya dirintis oleh almarhum. Tanpa menafikan Anwar Ibrahim sebagai pemangkin kejayaan Barisan Rakyat baru-baru ini, ustaz Fadzil Noor adalah insan yang pertama memungkinkannya.

Buat mereka yang masih muda dan tidak pernah mendengar nama beliau, ustaz Fadzil atau Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar, Kedah. Moyang arwah adalah Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh Idris Al-Jarumi yang merupakan seorang ulama� terkenal di Kedah asal Patani.

Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi Setiausaha Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan Presiden ABIM (1974-1978). Semasa memimpin ABIM, 'aspirasi rakyat yang baru kita kenal manisnya 8 Mac lalu' telah pun diharung dengan penuh kepahitan oleh Ustaz Fadzil Noor.

Sebelum Tian Chua, Mohamad Sabu, dan pimpinan Hindraf pandai berdemonstrasi ustaz Fadzil telah turut terlibat dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974. Ketika Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi Pemangku Presiden ABIM.

Al-marhum telah menjadikan perjuangan membela rakyat sesuatu yang sebati. Dan itu bukan hanya kata-kata kerana Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak polis. Kalau tidak silap saya hujung tahun 1970an, ketika beliau sedang berucap dalam suatu majlis ceramah di Kg Seberang Takir, Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah perhimpunan haram.

Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang, Mustafa Ali dan Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan ceramahnya. Beliau tidak lain tidak bukan adalah aspirasi dan inspirasi pimpinan Barisan Rakyat hari ini yang beria-ia memperjuangkan perhimpunan aman di bawah satu sistem demokrasi yang adil.

Oleh kerana kedegilan Ustaz itu polis telah menahannya berserta penceramah lain. Mereka bermalam di lokap. Dan penangkapan itu telah meledakkan kemarahan di Kuala Trengganu jauh lebih lama sebelum berlaku peristiwa Batu Buruk tahun lalu.

15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan balai polis Kuala Terengganu bagi mendesak pemimpin mereka dibebaskan segera. Hasil perundingan dengan pihak polis Ustaz Fadzil Noor dan pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang tindakan.

Beliau juga ditahan oleh pihak polis dalam satu ceramah di Jerlun, Kedah. Seingat saya ia berlaku ketika peristiwa pertelingkahan antara pimpinan PAS dan UMNO mengenai Muassasah Darul Ulum. Ustaz Fadzil Noor telah ditahan semasa berceramah bersama-sama YDP PAS Kawasan Jerlun pada waktu itu, dan dikenakan ikat jamin. Kes tersebut dibawa ke mahkamah tetapi digugurkan setengah jalan berikutan kematian Hj. Shaari.

Mengapa saya katakan Ustaz Fadil sebagai perintis kemenangan rakyat 8 Mac lalu?

1. Barisan Rakyat Mendapat Semangat Beliau

Tatkala Tuan Guru Yusof Rawa uzur dan terpaksa melepaskan jawatan Yang Dipertua PAS, Ustaz Fadzil Noor telah memikul beban paling besar, mara ke hadapan untuk mengambil alih kepimpinan di tengh-tengah tragedi Memali. Dalam sejarah kebangkitan rakyat bagi konteks Malaysia (yang dikecapi manisnya generasi baru 8 Mac lalu), peristiwa Memali adalah suatu peristiwa hitam yang merupakan penindasan kuasa angkuh.

Sebagai antara pembantu Prof Zulkifli Muhammad sebelum itu ustaz sudah pun secara terbuka menerima idea PAS bersekutu dengan kaum-kaum bukan Melayu. Kita semua tahu Prof Zulkifli adalah pemimpin PAS pertama yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu PAS.

Dengan idea dan wawasan ustaz Fadzil lah maka beliau menggerakkan pakatan CCC, di mana PAS mulai berjinak-jinak dengan kaum bukan Islam. Barisan Rakyat yang disifatkan oleh Haji Husam sebagai buta warna (kerana rakyat tidak mengira apa ia merah, hitam atau hijau) 8 Mac lalu beroleh manfaatnya dari kerja-kerja awal ustaz inilah.

2. Kebijaksanaan Politik Melampaui Zaman

Idea tahaluf siyasi adalah suatu kebijaksanaan politik yang dikemukakan oleh ustaz Fadzil Noor di mana beliau menunjukkan contoh dengan mewujudkan pakatan bersama Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah.

Kalau tidak kerana tahaluf siyasi ini, hampir sukar untuk PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 dan menguasainya sehingga 8 Mac lalu.

Kebijaksanaan politik beliau jugalah yang membolehkan gejala reformasi ekoran pemecatan Anwar Ibrahim dicetuskan. Jika pemimpin PAS tidak campur tangan serta terlibat 'membantu' Anwar Ibrahim, sukar untuk Anwar mendapat momentum reformasi yang terus ditunggangnya sehingga 2008.

Ini menunjukkan Ustaz Fadzil memilih essence Islam iaitu membantu dan menghulur tangan kepada 'golongan yang tertindas'. Tanpa mengendahkan suara-suara bantahan dalam PAS yang resah, bimbang, dan gerun dengan hubungan akrab Anwar dengan 'Amerika Syarikat', ustaz Fadzil melakukan tindakan nekad, iaitu melihat masa depan dari konteks tempatan.

Ustaz Fadzil adalah orang yang menubuhkan GERAK, dan dengan GERAK itulah beliau merintis penubuhan Barisan Alternatif yang merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru. Waktu itu, Anwar sudah berada di dalam penjara.

Wan Azizah 'terkontang-kanting' untuk menjaga momentum reformasi yang makin merosot menjelang turunnya Mahathir. Jika tidak kerana ustaz Fadzil yang merintis kerjasama ini, Parti Keadilan sudah lama hanyut dan berkubur. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz Tarbiah, Taman Melewar. Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran tersebut.

Dalam Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:

"Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini"

Kerjasama Parti Keadilan dan PAS, membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dan perjuangan Islam pada pilihanraya 1999. Kebijaksanaan tersebut membolehkan PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya menubuhkan kerajaan di Terengganu.

Juga kebijaksanaan ustaz telah melunakkan imej Islam sehinggakan YB Tian Chua yang ketika itu merupakan Naib Pengerusi Keadilan, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting pernah berkata pada tahun 2001 bahawa tidak akan adanya ISA dalam sebuah negara Islam � menyarankan bahawa negara Islam adalah serasi sepenuhnya dengan demokrasi, kemajmukan, hak asasi manusia, hak wanita, kepelbagaian budaya, pembangunan dan pemodenan.

3. Pemimpin Tidak Lupa Sejarah

Sebagai pemimpin yang bijak pendekatan tahaluf siyasi yang dikemukakan oleh Ustaz Fadzil Noor itu sebenarnya tidak terbit dari vakum. Ia adalah kerana kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa, pimpinan sebelumnya.

Tiada siapa dapat menafikan Tuan Guru Yusof Rawa adalah pemimpin yang bertanggungjawab membuka ruang bagi pemimpin pelapis PAS dengan gagasan 'pakatan politik untuk memenangkan dakwah dan politik Islam' ini. Idea persekutuan dengan kaum Cina sehingga tertubuhnya CCC adalah hasil sokongan Tuan Guru Yusof Rawa.

Mengambil kira itu, Ustaz Fadzil Noor seorang pimpinan yang merenung sejarah dengan tekun di mana beliau tahu juga PAS adalah berakarumbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol. Hizbul Muslimin adalah usaha Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.

Ustaz Fadzil tahu keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir yang bertanggungjawab merintis pelbagai tahaluf siyasi menerusi PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya dijadikan model baru bagi perjuangan PAS yang telah diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.

Ustaz Fadzil juga sedar beliau harus meminjam keberanian Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan persatuan Melayu dalam sebuah gerakan bernama PUTERA. Gerakan PUTERA ini berusaha menuntut kemerdekaan daripada penjajah.

Idea PUTERA inilah yang memberi ilham kepada Ustaz Fadzil Noor untuk mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, iaitu ISA. Jika tidak kerana apa yang dirintis oleh PAS ini, Bersih, gerakan untuk memberi kuasa kepada rakyat bagi menentang ketidakadilan dan penyewengan demokrasi belum tentu menjadi kenyataan. Bersih kemudiannya menjadi Barisan Rakyat yang menghukum parti tertentu dalam pilihanraya baru-baru ini.

4. Menjadikan Poros Islam Political Force

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam Umno satu masa dahulu menjadi luka buat penyokong gerakan Islam. Peranan mengenengahkan Islam itu terpaksa diambil alih oleh Ustaz Fadzil Noor.

Menyedari itu, PAS dibawah ustaz Fadzil juga menyedari bahawa untuk menjadikan Islam relevan di dalam masyarakat majmuk, inti pati Islam lah yang perlu diketengahkan. Falsafah dan bumbu Islam yang universal dan sentiasa munasabah sepanjang zaman perlu dijunjung.

Ustaz Fadzil adalah insan yang bertanggungjawab meminggirkan suara-suara Islam legalitas yang berwajah wahabi dengan penuh bijak untuk menjuarai Islam aktual berteraskan waqi atau keadaan setempat. Beliau telah bertanggungjawab untuk bersetuju Manifesto Bersama Barisan Alternatif dalam pilihanraya tahun 1999.

Untuk itu PAS bersetuju menggugurkan idealisme penubuhan negara Islam dalam konteks pakatan Barisan Alternatif kerana: a. Tidak berbangkit soal negara Islam dalam Manifesto; b. Tidak boleh memaksa ideologi PAS ke atas rakan dalam pakatan; c. Dalam komposisi rakyat negara ini, tidak ada parti boleh memerintah secara bersendirian; dan e. PAS perlu berkerjasama dengan rakan pakatan BA atas perkara- perkara yang sudah dipersetujui.

PAS telah bersetuju untuk memberi tumpuan kepada isu-isu yang membabitkan soal keadilan, demokrasi, kebebasan, penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya sebagai agenda utama untuk perjuangan pakatan Barisan Alternatif.

Tidak ada kebijaksanaan dan keberanian Datuk Fadzil Noor yang dapat ditandingi oleh pemimpin Barisan Rakyat hari ini. Beliau telah melihat dengan bijak bahawa retorik dan cogan kata tidak penting tetapi 'isi'lah yang menjadi keutamaan.

Dengan persefahaman untuk memperjuangkan keadilan, demokrasi, kebebasan, penyelewengan kuasa, rasuah dan sebagainya bersama DAP; parti kiri berteras kaum itu secara tiada sedar telah menerima essence Islam. DAP 'diasuh' memahami yang negara Islam secara praktiknya adalah negara berkebajikan yang berteras agama, yang agama itu pula membela hak asasi dan menyebelahi golongan tertindas.

Penutup

Perjuangan PAS dan Ustaz Fadzil Noor dalam menggerakkan pemurnian semula penyelewengan demokrasi termasuk pelbagai akta yang menyekat dan mencabul hak asasi rakyat di negara ini adalah tunggak kejayaan rakyat baru-baru ini.

Rakyat yang melakukan perubahan 8 Mac lalu mesti kenal bapa kebangkitan ini: Ustaz Fadzil Noor. Pemimpin yang ada sekarang, baik sebesar manapun beliau hanyalah penerus sahaja. Tanpa usaha al-marhum ustaz, hampir tidak terfikir Barisan Rakyat berada di kedudukan ini.

Untuk jasa dan sumbangan ustaz Fadzil Noor kerana menggerakkan barisan rakyat, yang hasilnya dituai oleh sebahagian besar rakyat pada 8 Mac lalu, moleklah jika pembaca beragama Islam menghadiahkan al-fatihah untuk al-marhum./wannordin

al-Fatihah. - http://tehranifaisal.blogspot.com/ _

“Bandar Tentera Darat” Najib Hina Anggota Tentera

Posted by Mujahid Siber 5487 Wednesday, October 07, 2009 0 comments

“Saya menyertai anggota tentera tahun 1967, sekarang dah tahun 2009, sudah 40 tahun lebih, baru pemimpin-pemimpin umno, pemimpin-pemimpin BN, iktiraf kononnya sumbangan anggota tentera khususnya tentera darat…saya rasa terhina.”

Demikian pandangan yang disampaikan oleh Kapten (B) Datuk Abu Zahar Hashim, dalam satu siri ceramah di Bagan Pinang semalam.

Menurutnya,cadangan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Port Dickson sebagai sebuah bandar ‘Tentera Darat’ dianggap sebagai satu penghinaan kepada bekas tentera.

Beliau berkata, pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba memperbodohkan anggota tentera dan bekas tentera dengan cadangan tersebut.

“Saya menyertai anggota tentera tahun 1967, sekarang dah tahun 2009, sudah 40 tahun lebih, baru pemimpin-pemimpin umno, pemimpin-pemimpin BN, iktiraf kononnya sumbangan anggota tentera khususnya tentera darat.

“Saya rasa terhina kerana pemimpin-pemimpin Umno menganggap anggota-anggota tentera (dan) bekas-bekas tentera ni boleh diperbodohkan,”katanya.

Menurutnya, cadangan mewujudkan bandar tentera di Port Dickson adalah umpan untuk memikat hati anggota-anggota tentera darat menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Katanya, Perdana Menteri hanyalah ‘mengambil kesempatan’ ke atas anggota tentera kerana pengundi anggota tentera ramai.

“Pada hal selama berbelas tahun jadi Menteri Pertahanan, dia (Najib) tak terfikir pun tentang pengorbanan anggota-anggota tntera terutamanya anggota-anggota tentera darat.

“Apabila berlaku pilihan raya kecil di Bagan Pinang, barulah nak memikat hati anggota-anggota tentera darat dan menamakan sbg bandar tentera darat,”jelas beliau yang juga bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan.

Datuk Zahar turut membidas perisytiharan yang dibuat oleh Najib itu, dan berkata, “apa jua nama yang hendak diberikan kepada Port Dickson adalah tidak penting, sekira kebajikan anggota tentera dan bekas tentera diabaikan.”

Oleh itu beliau mengingatkan anggota tentera dan bekas-bekas anggota tentera supaya jangan mudah terpedaya dan memberi undi kepada calon Barisan Nasional (BN).

“Saya nak bagi tahu angota-anggota tentera malam ini, jangan semudah-mudah pangkah Barisan Nasional.

“Sekarang ini memanglah kita berlagak dengan pakaian tentera kita, tapi percayalah anggota tentera (sekalian), bila tuan-tuan habis berkerja nanti, (setelah) 21 tahun berkhidmat (untuk negara), tuan-tuan akan dipinggirkan,”katanya.

http://anwaribrahimblog.com/

"MELAKA" & "NEGERI SEMBILAN" : Taman maksiat

Posted by Mujahid Siber 5487 Tuesday, October 06, 2009 0 comments

Aksi berahi pasangan kekasih cemari Hutan Lipur Lenggeng


LENGGENG: Hutan lipur dan taman rekreasi dimajukan pihak berkuasa bagi memudahkan orang ramai bersantai serta berkelah, terutama bersama keluarga sambil menikmati keindahan flora dan faunanya.

Tetapi bagi pasangan kekasih yang tengah hangat bercinta, kawasan yang tersorok dan sunyi, terutama pada hari bekerja itu adalah ‘pangkalan’ atau ‘port’ terbaik untuk memadu kasih serta bercumbu bagi melepaskan kerinduan masing-masing.

Keadaan itu dapat disaksikan di Hutan Lipur Lenggeng, di sini, yang dijadikan sarang maksiat oleh pasangan kekasih kerana kedudukannya yang jauh dari kawasan bandar dan tersorok tanpa pengawasan serta ‘mata’ pihak berkuasa agama.

Tinjauan mendapati beberapa pasangan ‘Laila dan Majnun’ tanpa segan silu memadu kasih, termasuk baring di atas riba pasangan, berpelukan dan tidak kurang juga melakukan aksi ‘berani’ berkucupan mesra.

Seorang pengunjung, Mohd Adam Mohd Yaacob, 33, mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera menghentikan kegiatan maksiat di kawasan itu.

“Ia bukan saja berlaku pada hari bekerja tetapi juga pada Ramadan lalu. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas menanganinya.

“Saya juga meminta pihak berkuasa, terutama jabatan dan agensi kerajaan menganjurkan pelbagai kegiatan berfaedah, terutama untuk golongan remaja dan belia, di sini supaya kawasan ini menjadi tumpuan ramai dan tidak lagi sunyi,” katanya.

Mohd Fairuz Rosli, 23, berkata beliau jarang berkunjung ke kawasan rekreasi dan mengaku terkejut apabila kunjungannya di hutan lipur berkenaan ‘disajikan’ dengan ‘lakonan percuma’ oleh pasangan kekasih.

“Memang lokasi hutan lipur ini terpencil tetapi ia tidak harus dijadikan alasan kepada pihak berkuasa untuk tidak mengawasinya. Sesekali mereka perlu memantau dan mengambil tindakan terhadap pasangan yang merosakkan imej hutan ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail, mengingatkan orang ramai, terutama golongan muda supaya tidak menyalahgunakan hutan lipur dan rekreasi dengan menjadikannya sebagai tempat melakukan maksiat.

“Perbuatan tidak bermoral yang dilakukan itu adalah menyimpang daripada matlamat asal kemudahan itu disediakan untuk membolehkan orang ramai beriadah dan bersantai bersama keluarga.

“Saya kecewa kerana perbuatan itu bukan saja akan menjejaskan imej kawasan berkenaan sebagai lokasi pelancongan tetapi juga meningkatkan masalah sosial di kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Juasseh memberi jaminan pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi menangani kegiatan tidak bermoral itu, termasuk melakukan pemantauan dan pengawasan lebih kerap.

“Kita juga berharap orang ramai bekerjasama dengan memainkan peranan, termasuk menegur dan memberi nasihat kepada pasangan yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu. Ini adalah tanggungjawab kita bersama,” katanya.

Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum – pemalsuan undi yang selama ini hanya digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik pembangkang.

Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.

Beliau, kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku tetapi ia didakwa terjadi semasa bawah pentadbiran perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada Malaysiakini.

Anak kelahiran Kuala Pilah itu menganggotai tentera darat selama 23 tahun sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson.

Pengakuan depan pengerusi SPR

Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat.

“Setiap pilihan raya, saya diminta memantau pengundian pos. Mungkin sebab saya bekas askar, mereka pilih saya,” katanya yang kini menetap di Bandar Tenggara, Port Dickson.

Jumaat lalu, Pemuda PAS mendedahkan pengakuan Abu, yang didakwanya bersedia tampil membongkar perkara itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Suhaizan sebelumnya berkata pengakuan Abu itu juga dibuat di depan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu pertemuan rombongan PAS, yang diketuai naib presidennya Salahuddin Ayub, pada 28 Ogos lalu.

Menulis di blognya Bila Kentong Berbunyi, pemimpin Pemuda itu berkata, Abu terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.

Dihubungi pagi ini, Abu berkata walaupun pernah mengundi untuk orang lain, beliau langsung tidak pernah mengundi untuk dirinya sendiri.

"Sepanjang berpuluh-puluh tahun menjadi askar, saya tidak pernah memangkah bagi pihak diri sendiri, tetapi tolong memangkah bagi pihak orang lain," katanya, dengan mendakwa seramai empat sehingga lima kakitangan pentadbiran kem turut terlibat dalam proses itu.

Diugut dibuang ke laut

Tambahnya, pemalsuan undi pos itu melibatkan sekurang-kurangnya 400 anggota tentera.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada pemalsuan undi pos masih berlaku di kem-kem tentera walaupun masih mencurigai amalan itu.

Abu juga berkata, akibat mendedahkan perkara itu secara terbuka kepada umum, beliau pernah "diugut hendak dibuang ke laut" melalui mesej SMS daripada pihak yang tidak dikenalinya.

"Banyak SMS macam itu saya terima," katanya.

Ditanya apa yang membuatkannya berani tampil kali ini, Abu berseloroh berkata: "Takkan sekarang mereka (kerajaan) hendak potong pencen saya."

Dalam setiap pilihan raya, perjalanan pengundian pos sentiasa mendapat bantahan pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang akan memenangkan calon BN.

Dalam pilihan raya kecil di kerusi ini, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.

http://malaysiakini.com/news/114205

PRK DUN Bagan Pinang : SPR minta penyokong BN, PAS jangan terlalu emosional

Posted by Mujahid Siber 5487 Sunday, October 04, 2009 0 comments

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menasihati penyokong BN dan PAS supaya saling hormat menghormati sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang - yang bermula selepas penamaan calon hari ini. Hari pengundian ditetapkan pada 11 Oktober depan.

"Masa kempen janganlah keluarkan perkataan yang sangat menyakitkan hati pihak yang lain....mereka kenal satu yang lain. Masa kempen itu juga jangan burukkan peribadi, memalukan seseorang, menjatuhkan maruah orang.....tak elok dan saya harap perkara itu tidak terus dibawa semasa hari pengundian.

"Saya harap pemimpin parti berkenaan, ingatkan pengikut masing-masing... jangan sampai hilang ingatan, jangan terlalu emosional. Kita mesti berfikir secara rasional," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon pilihan raya kecil itu di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson, lapor Bernama

Dalam pilihan raya kecil itu, calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad, berdepan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor, yang mewakili BN, meninggal dunia pada 4 September lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Azman menewaskan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Sejumlah 13,664 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos, layak mengundi pada pilihan raya kecil ini.

Abdul Aziz juga gembira kerana proses penamaan calon pilihan raya kecil itu berjalan dengan baik.

Katanya penyokong parti yang bertanding diletakkan di dua kawasan berasingan dan berjauhan antara satu dengan lain mengikut laluan berbeza.

"Cuma sebelum mereka mula berhimpun pagi tadi, hujan lebat menyebabkan ramai mereka yang dalam keadaan basah kuyup. Saya dimaklumkan penyokong BN sebanyak 4,000 manakala 5,000 PAS," katanya.

Beliau berkata SPR menerima tiga bantahan iaitu dua bantahan daripada PAS berhubung pekerjaan Mohd Isa dan saksi calon BN tidak berdaftar sebagai pemilih manakala bantahan BN terhadap calon PAS pula adalah kerana ada kes mahkamah.

Bagaimanapun, katanya setelah disemak, ketiga-tiga bantahan itu ditolak dan kedua-dua calon daripada BN dan PAS sah bertanding.

http://malaysiakini.com/

Perkasakan Kembali Idealisme Mahasiswa

Posted by Mujahid Siber 5487 Monday, September 28, 2009 0 comments


Generasi Muda sering dikaitkan dengan mereka yang masih belajar dipelbagai peringkat tetapi ia lebih kepada mereka yang menuntut di institut Pengajian Tinggi (IPT) awam atau swasta yang dikenali sebagai Mahasiswa.

Proses pembentukan masyarakat secara dominannya melalui proses di peringkat kampus kerana dikampus sistem pembelajarannya lebih dinamik tidak seperti sekolah menengah atau rendah. Dikampus mahasiswa diberi keistimewaan untuk melantik pemimpinnya sendiri tanpa campur tangan oleh pihak pentadbiran untuk menyuarakan kepentangan bagi pihak pelajar.

Sebelum tertubuhnya akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pergerakan mahasiswa cukup aktif dalam berperanan dalam masyarakat dalam tempoh 60-an dimana mereka bukan hanya aktif dalam menjalankan aktiviti dalam kampus, malah sehingga ke setiap pelusuk kampung dalam menjalankan aktiviti sosial.

Pada zaman ini juga, golongan ini menjadi pencetus pelbagai pandangan kepada pihak kerajaan dan tidak kurang juga yang berfungsi sebagai penegur. Ini menggambarkan peranan mahasiswa cukup perpegaruh.


Akta AUKU

Akta Universiti dan Kolej Universiti atau dikenali sebagai AUKU di wujudkan pada tahun 1971 oleh menteri pendidikan pada masa itu iaitu (Tun) Dr. Mahathir Mohamad yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia keempat.

Akta ini bertujuan untuk mengekang pergerakan mahasiawa yang begitu aktif dan akta ini memberi kuasa kapada pihak Chanslor untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka yang terlibat menentang dasar kerajaan.

Akta ini telah banyak melumpuhkan pergerakan mahasiswa yang sebelum ini banyak menyuarakan pandangan tentang isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat, agama, pendidikan dan lain-lain lagi.

Pada tahun 2008, akta ini dipinda oleh kerajaan dimana hanya NGO yang boleh bergiat dalam kampus tetapi masih mengekang pihak parti politik untuk mengembangkan sayapnya di kampus. Akan tetapi mereka tetap Berjaya masuk dengan pelbagai strategi.

Pindaan ini turut mendapat persetujuan oleh Tun Dr. Mahathir sendiri, beliau mengatakan sudah tiba masanya akta ini dimansuhkan atas dasar mahasiswa sekarang sudah matang.


Pengaruh Hidorisme

Hidorisme merupakan fahaman yang diterap oleh musuh Islam kepada generasi muda hari ini dalam berhibur secara melampau sehinggakan tidak merasakan tanggungjawab dan peranan mereka dalam pembentukan masyarakat menurut Islam.

Islam tidak melarang kita untuk berhibur sebagaimana kisah sabahat Rasulullah SAW sedang mendengar ajaran baginda dengan penuh insaf dan takut dengan azab Allah, dan apabila mereka kembali bersama keluarga, mereka bergembira dengan anak-anak, isteri serta sanak saudara. Tetapi apabila mereka kembali kekuliah baginda, kembali kusyuk dan insaf, Lalu salah seorang mereka bertanya,”Adakah kami ini Munafik, bila disini kami insaf dan bila dirumah kami bergembira?” lalu banginda menjawab “ada masa kena kena bersedih ada ketika kena bergembira” ini bermaksud Islam tidak melarang umat mereka bergambira tetapi jangan sehinggakan lupa akan hukum syarak.

Generasi muda hari ini sudah terlalu parah, mereka di “mind setting” dengan “enjoy” sehinggakan berlumba-lumba untuk menjadi penghibur seperti penyanyi. Pengaruh barat seakan-akan menjadi kesebatian dalam diri mereka. Sehinggakan segala budaya di barat ada di Malaysia yang dikatakan Negara umat Islam.

Hasilnya generasi muda menjadi terlalu liar sehinggkan tak dapat dikawal oleh pihak-pihak berkuasa. Ada yang terlibat dengan jenayah seperti merompak, meragut, membunuh, merogol dan mengedar dadah. Tidk kurang juga gejala-gejala lain seperti merempit, melacur, menjadi bohsia, penagih dadah dan banyak lagi.

Ini telah menambahkan lagi luka yang sedia ada dalam membina kembali generasi muda yang mempunyai visi dan misi yang tinggi dalam berperanan dalam Negara bila terlibat dalam masyarakat nanti.

Bayang kan apabila mereka ini memasuki dalam pelbagai sektor dalam Negara tidak kira perkerjaan atau organisasi politik dengan persiapan diri yang begitu longgar. Ini akan menyumbangkan keruntuhan moral dalam Negara seperti dalam parti politik dengan berluasanya rasuah untuk mendapatkan sokongan dan jawatan. Ini merupakan perkara yang tidak sihat.


Budaya Ilmu

Ilmu merupakan suatu perkara penting dalam menentukan dimana kita dimasa hadapan nanti dan merupakan suatu kawajiban kepada sitiap manusia untuk menuntuk ilmu sebagai mana baginda Rasulullah SAW “ Menuntut Ilmu Wajib Ketas setiap Muslimin dan Muslimat”.

Seseorang berilmu itu tidak boleh diukur akan tahap pengajiannya sahaja tetapi sejuah mana mereka berperanan dalam mengajak masyarakat juga cintakan ilmu. Kita boleh lihat berapa ramai yang melanjutkan pengajian hingga ke luar Negara dan mendapat sijil Phd. dan mendapat gelaran Doktor Falsafah tetapi dalam pemikiran mereka hanya memikirkan apa kerja aku, nak kerja kerajaan atau sendiri atau semakin tinggi pengajian, semakin banyak gaji.

Pendirian sebegini tidak sihat dalam proses pembentukan masyarakat dan generasi kerana tiada kesedaran yang ingin membantu malahirkan minta menuntut ilmu kepada negerasi selepas ini.

Gerasi muda yang cintakan ilmu adalah mereka yang suka menghadiri majlis-majlis ilmu seperti seminar serta mengkaji isu-isu dalam Negara seterusnya mereka mengamalkan apa yang dipelajari dan yang paling penting sekali berani menyatakan baik atau salah diatas perkara-perkara yang berkaitan tanpa bias dengan mana-mana pengaruh.


Pembentukan kembali generasi muda

Dalam pembentukan kembali negerasi muda Islam di Malaysia ini memerlukan seluruh tenaga dari semua pihak bermula dengn ibubapa, para pendidik, Ngo, Ahli Politik dan yang penting pihak kerajaan.

Dalam pembinaan generasi ini, perlu ketepi kan fahaman-fahaman yang menjadi halangan untuk bekerjasama seperti parti politik. Di Malaysia perti poltik yang didominasi oleh orang melayu Islam seperti UMNO, PAS dan PKR. Mereka perlu bekerjasama demi anak bangsa dan pelapis mereka di masa hadapan nanti.

Mereka yang pandai bercakap dan berkempen berapi-rapi dalam menambat hati rakyat untuk menjaga status masing-masing dan tunjuk siapa pandai dalam parlimen atau di ceramah-ceramah uum ini lah yang semakin hari, umat Islam dan bangsa Melayu semakin regang. Semua ini hanya ingin bagitahu siapa betul dan memperjuangan Islam sehinggakan lupa akan pembentukan masyarakat yang berkualiti. Jika ada pun hanyalah untuk kepentingan parti poltik semata-mata.

Lebih baik jika parti-parti politik ini bekerjasama dengan Ngo paling kurang memberi sumbangan untuk mereka bergerak dan melaksanakan tanggungjawab sosial yang tidak bergaji ini. Jika ini melihat generasi yang akan datang, lihatlah generasi muda yang ada sekarang. Jadi jangan biarkan nasi menjadi bubur.

Perutusan Suara Muda Sempena Aidifitri

Posted by Mujahid Siber 5487 Sunday, September 27, 2009 0 comments

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

Alhamdulillah, pertama dan selamanya, marilah sama-sama kita mengucap sykur kepada Allah s.w.t kerana masih memberi hidayat kepada kita semua dalam terus mempercayai bahawa Islam adalah suatu agama yang merrangkumi seluruh kehidupan dan sykur juga kepada illahi kerana pada tahun ini kita diberi keizinan untuk melaksanakan ibadat selama sebulan dalam madrasah Ramadhan.

Ucapan tahian kepada kita semua kerana telah Berjaya mengharugi disiplin dan pembelajaran sepanjang berada didalam madrasah Ramadhan tahun ini dan soal keberkesanan dan praktikal daripada hasil pembelajaran tersebut, terpulang kepada kita semua bagaimana anda melaksanakan ibadah dan juga menjaga disiplin didalam bulan yang mulia tersebut.


Tanda syukur juga dipanjatkan kehadrat illahi kerana selepas sebulan menjalakan ibadah, diberi pula nikmat dalam bulan Syawal yang disebut sebagai Hari Raya Aidilfitri. Sebagaimana maksud firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat ke 185 : “ Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (di bulan Ramadhan ) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (bila berhari raya) kerana Allah berikan hidayat kepada kamu”.

Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu “bonus” daripada Allah SWT keatas mereka yang melaksanakan ibadah dibulan Ramadhan, dimana kita menahan daripada memakan harta banda sendiri serta anggotan badan dari melakukan perkara yang melanggar agama Islam. Bila tiba dihari raya, kita dibenarkan makan, minum serta berseronok dengan rakan,teman dan sanak-saudara. Ini merukan nikmat yang tidak dirasai oleh mereka yang tidak melaksanakan syarat-syarat dalam bulan Ramadhan.

Di Hari Raya Aidilfitri juga merupakan hari yang mengembalikan kita kepada fitrah asal manusia, yang sukakan kecantikan, kebersihan, tolong-menolong serta cintakan kedamaian dan persudaraan. Inilah yang ditekankan oleh Islam yang melihat umat Islam pada hari ini melakukan perkara yang bertentangan dengan fitrah khas nya ajaran Islam. Mereka berpecah belah, dengan menubuhkan kumpulan masing-masing yang saling bersaing untuk mendapatkan nama dihati masyarakat ataupaun untuk mengangkat mazhab masing-masing.

Generasi muda, perlu mengambil peluang di Aidilfitri ini dalam memangkin penyatuan umat Islam bermula kita di alam Melayu ini mempersatukan kembali seluruh kita orang Melayu yang beragama Islam. Dengan izin Allah jika ia terlaksana, ia akan berakar keseluruh dunia dengan menyatukan seluruh Umat Islam yang masih berpegang dengan Dua Kalimah Syahadat.

Akhir sekali, dalam berseronok di Hari Raya Aidilfitri ini, jangan kita melanggar batasan serta garis panduan yang telah termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah. Rasulullah selalu membacakan dua surah di dalam Solat Sunat idil Fitri iaitu surah Qaaf dan Qamar, dimana kedua-dua surah ini merupakan gambaran dihari Qiamat dan sekaligus ia membawa erti segala nikmat didunia ini pasti akan dipersoal dan akan dikenakan balasan.

Saya mewakili pimpinan serta seluruh warga Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri amnya kepada seluruh umat Islam tidak kita dimana anda berada dan khasnya kepada sahabat-sahabat pelajar Islam tidak kita diperingkat rendah, menengah mahupun yang bergelar mahasiswa di dalam serta di lura negara seluruh anak Kelantan yang berada diperantauan… Salam Aidilfitri….

Allahu Akbar!! Allahu Akbar!! Allahu Akbar!!

KUOTA HAPUS

Posted by Mujahid Siber 5487 Thursday, September 17, 2009 0 comments

1. Tidaklah penting kita tahu asal-usul kuota dalam pemilihan pemimpin UMNO. Namun demikian izinkan saya cerita sedikit berkenaan latar belakangnya.


2. Pada tahun 1986 Dato (Tun) Musa Hitam, musuh ketat Tengku Razaleigh Hamzah telah berjaya pujuk Tengku bertanding jawatan Presiden UMNO. Beliau sendiri sanggup jadi timbalannya.

3. Seperti biasa bahagian-bahagian (UMNO), dalam mesyuarat telah namakan calon mereka. Hanya 20 peratus menamakan Tengku Razaleigh.

4. Tetapi dalam Mesyuarat Agong Tengku Razaleigh mendapat hampir 50 peratus daripada undi wakil-wakil yang hadir.

5. Tentang bagaimana terdapat kelainan ketara antara bahagian-bahagian dengan wakil-wakil mereka, wallahua'alam.

6. Selepas itu mahkamah telah putuskan bahawa UMNO adalah parti haram. Walaupun UMNO dapat dipulih, sebilangan ahli dan pemimpin UMNO telah berpisah daripada parti untuk menubuh parti serpihan. Ternampak jelas pertandingan untuk jawatan tertinggi boleh memecah dan melemahkan parti.

7. Majlis Tertinggi UMNO, telah bincang kemungkinan perkara ini berlaku lagi dan memutuskan bagi mengelak perwakilan menidakkan keputusan Bahagian, sesiapa yang dicalon oleh Bahagian akan dapat 10 undi bonus.

8. Malangnya apabila Dato Seri Anwar mencabar Tun Ghaffar, entah bagaimana jumlah bahagian yang mencalonkan Anwar begitu tinggi sehingga undi bonus shaja pun boleh kalahkan Ghaffar. Tun Ghaffar terpaksa tarik diri dan Anwar pun naik jadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.

9. Ada sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku kerana undi bonus. Nampaknya ada cara untuk menguasai bahagian sehingga perwakilan kehilangan hak mengundi sama sekali. Jelas sistem bonus boleh disalahgunakan.

10. Untuk meringkaskan cerita Majlis Tertinggi UMNO memutuskan untuk mengganti bonus dengan kuota. Jika seseorang calon betul-betul layak maka dia tentu mampu mendapat pencalonan secukupnya dari Bahagian. Bagi jawatan presiden tokoh yang layak perlu mendapat 60 pencalonan oleh Bahagian. Dengan cara ini hanya calon yang buruk, termasuk Presiden yang tidak akan dapat pencalonan yang mencukupi.

11. Malangnya penguasaan parti oleh Presiden yang juga Perdana Menteri amatlah kuat. Dengan cara-cara tertentu Presiden boleh memaksa supaya hanya dia sahaja yang dicalon. Pencabarnya bukan sahaja tidak akan dapat 60 bahagian tetapi dilihat hanya bahagiannya sendiri sahaja yang mencalonnya.

12. Sekali lagi sistem ini gagal untuk membebaskan bahagian dan ahli untuk bertindak mengikut kehendak mereka yang sebenar. Justeru itu memanglah baik sistem kuota ini dihapuskan.

13. Saya berdoa selepas ini penyalahgunaan kuasa oleh Presiden akan dihapuskan dan pencabarnya akan dapat bertanding. Tetapi setakat ini belum ada keputusan tentang cara mana seseorang dapat dicalonkan.

14. Sebenarnya tidak ada sistem yang tidak cacat. Samada sesuatu sistem berkesan atau tidak bergantung kepada pengamalnya. Apabila pengamal dipelbagai peringkat mudah di suap, sistem apa pun tidak akan menghasilkan yang terbaik.

Suber Blog Tun Dr Mahathir : http://chedet.co.cc/

MAKAN SUAP

Posted by Mujahid Siber 5487 0 comments

1. Ada orang politik yang berpendapat jika dapat jadi Presiden parti maka kemenangan mereka dalam pilihanraya terjamin.

2. Justeru itu mereka ini berusaha untuk menentukan kemenangan mereka melalui penyingkiran ahli yang tidak menyokong mereka, mengguna wang untuk membeli sokongan atau mengguna apa-apa kuasa yang ada pada mereka untuk menyogok, menjanji sesuatu kepada yang akan menyokong atau mengugut.

3. Hasilnya mereka menang dalam parti. Tetapi rakyat memerhati segala tindak-tanduk pemimpin dan ahli seperti ini. Apabila rakyat lihat perjuangan parti bukan lagi untuk rakyat; apabila mereka lihat rasuah dan ugutan yang menentukan kepimpinan, maka kepercayaan kepada parti dan pemimpinnya akan terhakis dan mungkin hilang lenyap.

4. Rakyat tidak dapat membuat apa-apa, terutama apabila mulut rakyat tertutup. Demikian juga ahli parti. Tetapi apabila Pilihanraya Umum diadakan maka rakyat sebagai pengundi akan nyatakan kekecewaan mereka.

5. Inilah yang telah berlaku pada Pilihanraya Umum ke 12, 2008.

6. Apakah kekecewaan rakyat disedari oleh pemimpin dan parti-parti politik. Hingga kini tidak ternampak yang parti dan pemimpin sudah betul-betul sedar.

7. Yang merebut jawatan masih merebut dengan penggunaan cara-cara lama. Pembersihan parti tidak juga dilakukan. Pengamal politik wang masih diterima dan diberi tempat.

8. Ahli-ahli biasa parti tidak memprotes sikap lama diteruskan. Bahkan ramai juga ahli yang berpendapat apa salahnya menabur wang. Mereka juga akan dapat sedikit habuan.

9. Apabila ramai rakyat sebagai pengundi sudah benci kepada parti kerana amalan rasuah dan bodoh-sombong, janji pembangunan dan menabur wang tidak akan berkesan lagi. Ingatlah apabila kelebihan undi sedikit sahaja, kehilangan sokongan daripada sebilangan yang kecil rakyat pun boleh sebabkan kekalahan.

Petikan Dari Blog Tun Dr Mahathir :http://chedet.co.cc/

Rukun muafakat elak sengketa M'sia-Indonesia

Posted by Mujahid Siber 5487 Friday, September 11, 2009 0 comments

Dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia hari ini menandatangani lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama sebagai panduan dan inisiatif "untuk mencari titik noktah kepada pertikaian dan persengketaan yang telah berlarutan antara kedua negara.


Dua pertubuhan tersebut ialah Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) yang mewakili pelajar Malaysia dan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) yang mewakili pelajar Indonesia.

Lima rukun permuafakatan dan pendirian bersama itu dipersetujui dan ditandatangani hari ini oleh Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz dan Ketua UMUM PII, Nashrullah Al-Ghifary.

Lima pendirian bersama itu adalah:

Menginsafi nilai persaudaraan Islam dan persamaan rumpun Melayu antara rakyat Malaysia-Indonesia dalam berhadapan dengan pelbagai isu yang melibatkan kedua-dua negara.

Memberi keutamaan kepada pendekatan yang bersifat musyawarah, diplomasi, perbincangan dalam menghadapi sesuatu isu yang melibatkan kepentingan bersama.

Menjauhi sebarang tindakan yang bersifat emosi semata-mata di mana akhirnya menjurumus kepada kekerasan dan kebuntuan dalam mencari jalan penyelesaian.

Menyeru generasi pelajar kedua-dua negara untuk memupuk persafahaman yang ampuh dan jitu dalam semua aspek termasuk kebudayaan, idealisme, ekonomi, sosial, keselamatan dan sebagainya.

Melahirkan generasi pelajar Malaysia-Indonesia sebagai agen penyatu masyarakat kedua-dua negara sekiranya terdapat sebarang konflik terkemudian yang timbul.

Dalam kenyataan bersama hari ini, PKPIM dan PII mengharapkan agar pendirian bersama dua pertubuhan pelajar Malaysia dan Indonesia itu, dijadikan sumber rujukan dalam menghadapan dengan masalah yang timbul.

"PKPIM dan PII bersedia untuk meneruskan wacana perbincangan yang menghubungkan generasi muda kedua-dua negara sebagai pentas untuk mencari titik pertemuan dan persamaan di antara kedua belah pihak," kata kenyataan itu lagi.

Sumber : http://malaysiakini.com/news/112667

TIGA CABARAN UTAMA MENANTI BELIA ISLAM ZAMAN GLOBALISASI

Posted by Mujahid Siber 5487 Tuesday, September 08, 2009 0 comments

Belia Islam hari ini berada pada era yang amat mencabar. Cabaran ini didorong oleh banyak faktor. Faktor yang paling utama sekali ialah peredaran zaman itu sendiri. Dunia hari ini amat berbeza sekali berbanding beberapa dekad lalu. Pada hari ini, dunia yang kita diami dikenali dengan ‘perkampungan sejagat’ atau ‘global village’. Mengibaratkan sebuah dunia yang besar ini sebagai sebuah perkampungan adalah gambaran realiti peredaran zaman yang sedang didepani belia Islam hari ini. Perkampungan dunia hari ini digerakkan oleh pelbagai arus. Satu daripadanya ialah oleh pencapaian manusia sendiri di dalam bidang perhubungan sama ada menerusi darat atau lautan.

Namun, pencapaian yang paling mengesankan ialah pencapaian manusia di dalam bidang teknologi maklumat. Menerusi teknologi maklumat inilah seperti penciptaan komputer, telefon dan internet, manusia dari segenap pelosok dunia dapat berkongsi khabar dan berita hanya dalam sekelip mana.

Di samping berkongsi khabar dan berita, satu daripada perkara yang dikongsi bersama oleh masyarakat dunia ialah nilai dan kepercayaan mereka mengenai sesuatu perkara berkaitan urusan kehidupan di dunia ini. Urusan itu termasuk yang membabitkan ilmu pengetahuan, kebudayaan, sistem kenegaraan dan juga ideologi. Dengan bantuan teknologi maklumat dan perhubungan lebih baik, semua perkara yang dinyatakan di atas yang sebelum ini hanya dikongsi dan diketahui sekelompok perkumpulan manusia tertentu, kini sudah merentas sempadan daerah dan negara.

Kedapatan sesetengah perkara atau amalan yang pada asalnya hanya berbentuk minat dan kesukaan sebuah kelompok masyarakat, kini sudah menjadi minat dan kesukaan yang dikongsi oleh seluruh masyarakat manusia. Fenomena ini dikenali juga sebagai proses pensejagatan atau ‘globalisasi’. Ia adalah suatu keadaan di mana nilai dan amalan yang pada asalnya suatu yang bersifat setempat bertukar menjadi satu pola atau fenomena sejagat.

Oleh itu, beberapa istilah digunakan bagi menggambarkan fenomena kesejagatan dunia hari ini. Antaranya ialah seperti istilah ‘generasi Pepsi-Cola’ atau ‘generasi Google’. Istilah ini memberi maksud akan kesejagatan produk minuman Pepsi dan Coca-Cola, serta produk carian internet iaitu Google yang dengan kehadirannya, dikenali dan dikongsi oleh hampir seluruh masyarakat dunia. Fenomena kesejagatan dunia ini ialah realiti yang jelas akan peralihan zaman yang sedang didiami oleh belia Islam di negara kita hari ini.

Apakah bentuk cabaran yang perlu didepani oleh belia Islam di dalam berdepan dengan realiti peralihan zaman ini? Bentuk cabaran itu, pada hemat saya, boleh dibahagikan kepada beberapa unsur. Pertama, cabaran untuk mengekalkan jati diri setempat di dalam arus kesejagatan dunia. Kedua, cabaran mengenal pasti unsur yang positif untuk pembangunan belia Islam di dalam himpunan sumber maklumat yang pelbagai. Ketiga, cabaran untuk belia Islam menjadi unsur pendorong yang berpengaruh di dalam mencorakkan arus kesejagatan dunia hari ini.

Inilah tiga cabaran terpenting yang harus didepani belia Islam hari ini di dalam menangani era peralihan zaman. Bagi cabaran pertama, belia Islam harus mengorak langkah di dalam meningkatkan tahap keyakinan diri yang tinggi terhadap keutuhan dan keunikan jati diri yang mereka miliki kini. Keyakinan terhadap jati diri ini adalah asas untuk belia Islam berdepan dengan pelbagai daya tarikan dari luar persekitaran mereka. Hal ini menuntut belia Islam kembali memugar secara berkesan asas yang membentuk identiti dirinya. Ini meliputi teras kepercayaan agama, nilai hidup mulia dan rukun kebudayaan dan kenegaraan.

Dalam erti kata lain, ia menuntut belia Islam untuk kembali mengukuhkan tradisi keilmuan di dalam kehidupan mereka memandangkan hanya menerusi proses pendidikan yang berkesan dan berterusan, segala aspek yang dinyatakan itu dapat diperkukuhkan sebagai asas dan teras identiti dirinya.

Bagi cabaran kedua, belia Islam harus terdedah dengan banyak kajian yang bersifat perbandingan. Di dalam menentukan sesuatu perkara itu baik atau buruk untuk keperluan dan kegunaan belia Islam, kefahaman yang menyeluruh terhadap sesuatu persoalan yang terjadi diperlukan. Sebagai contoh, di dalam berdepan dengan kepelbagaian arus kefahaman dan tafsiran terhadap ajaran Islam, belia Islam harus diperkukuhkan dengan kerangka pandangan yang difahami oleh aliran ahli Sunnah Wal Jamaah, iaitu kerangka ajaran Islam yang diperakui oleh majoriti golongan ilmuwan Islam.

Menerusi kerangka fahaman ini, belia Islam dibekalkan dengan petunjuk dan batasan bersifat tetap dan dinamik di dalam menilai sesuatu perkara atau persoalan. Ini secara langsung membimbing belia Islam di dalam melakukan proses penilaian yang objektif terhadap sesuatu sumber baru yang diperoleh. Perkara ini akan memberi ruang luas kepada belia Islam memanfaatkan sesuatu yang baik atau positif mengenai sesuatu perkara bagi kegunaan mereka dan pada masa sama, dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara atau persoalan yang tidak baik atau negatif yang boleh melenturkan jati diri dan identiti dirinya.

Bagi cabaran ketiga, belia Islam perlu dipersiapkan diri dalam pelbagai aspek kehidupan agar mencapai tahap pencapaian hidup yang terbaik dan tertinggi. Ini bagi memastikan supaya belia Islam boleh menjadi kelompok masyarakat yang kreatif dan inovatif menciptakan produk baru bukan saja untuk kelompok masyarakat setempat, malah masyarakat dunia seluruhnya. Era dunia hari ini yang digerakkan oleh peralihan zaman banyak dipengaruhi generasi yang berpandangan jauh dan berani melakukan perubahan. Sesuatu perubahan yang berpengaruh harus bermula dengan kekuatan ilmu pengetahuan dan kemahiran hidup yang tinggi.

Belia Islam di negara ini harus didorong untuk meningkatkan kualiti dan keupayaan mereka di bidang yang mereka ceburi agar mencapai tahap tertinggi sehingga mampu mencipta produk terbaik dan terkini untuk keperluan seluruh manusia sejagat.


Sumber :http://razak.wordpress.com

Bantah PPSMI Bukan Benci Bahasa Inggeris

Posted by Mujahid Siber 5487 Friday, September 04, 2009 1 comments

Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris atau PPSMI dicetuskan oleh Perdana Menteri ke 4 iaitu Tun Dr. Mahathir dan telah dilaksanakan pada tahun 2003 kepada pelajar sekolah menengah dan rendah.

Namun ia mendapat tentangan oleh rakyat yang diwakili oleh beberapa ahli akademik, ahli Sasterawa, Mahasiswa, NGO dan juga parti Politik. Tetapi tidak kurang juga mereka yang menyuarakan sokongan kepada perlaksaan PPSMI ini.

Mengapa PPSMI ini perlu dimansuhkan kerana ada yang beranggapan PPSMI ini merupakan satu acuan yang baik dalam matapelajaran Matematik dan Sains bila ke peringakt menara gading nanti dan dalam masa yang sama ia dapat menambahbaikkan bahasa Inggeris itu sendiri.

Tun Dr. Mahathir terus membela cetusannya ini dengan mengambil contoh pada zaman kegemilangan Islam dimana ilmuwan Islam pada zaman ini mempelajaran bahasa asing untuk menguasai pelbagai ilmu yang banyak terdapat di Negara-negara lain sebagai contoh ilmu falsafah di Yunani, Greek.


Akan tetapi Tun lupa kerana tidak menyebut perkara rentetan perjalanan ilmuwan islam selepas menguasai ilmu asing mereka mengarang kembali apa yang dipelajari dan menterjemahkan kitab-kitab asing kedalam bahasa arab untuk memudahkan rujukan.


Ini menunjukkan penggunaan bahasa sendiri dalam penyebaran ilmu adalah yang paling sesuai kerana apabila bahasa pengantar menggukanan bahasa sendiri memudahkan masyarakat setempat dalam menguasai sesebuah ilmu dengan tidak meninggalkan mempelajari bahasa-bahasa asing.


Penggunaan bahasa melayu dalam masyarakat kini semakin rapuh, jika kita perhatiakan golongan akademik atau professional yang pernah belajar di luar Negara banyak mencampur adukkan bahasa melayu dengan inggeris kononnya menggunakan bahasa Inggeris lebih maju dari memartabatkan bahasa sendiri.


Menteri mentor Singapura, Lee Kwan Yu pada siatu ketika menyatakan bahawa menyesal kerana singapura menggunakan bahasa asing aiatu inggeris sedangangkan rakyatnya kabanyakan berbangsa cina dan melayu dan Ia tidak menggambarkan jatidiri sendiri kepada Negara Singapura .


Kajian yang “lebih” jujur dan tidak berkepentingan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Prof. Emeritus Datuk Dr. Isahak Haron dan kajian Prof. Dr. Norhashimah Jalaluddin di bawah payung UKM-DBP misalnya menunjukkan mereka yang di bandar dan mereka yang dari keluarga yang berpendapatan tinggi mendapat manfaat dari PPSMI manakala majoriti pelajar luar bandar lebih terdera.


Dengan PPSMI jurang antara bandar dan luar bandar semakin melebar. Yang menjadi mangsa pasti majoritinya Melayu kerana mereka kira-kira 70% penduduk luar bandar dan ini amat tidak adil kerana mereka dinafikan pendidikan berkualiti.Ini menunjukan perlaksaan PPSMI tidak membantu secara keseluruhan pelajar-pelajar di Malaysia .


Isu mensuh PPSMI ini sebenarnya bukan isu politik semata-mata kerana yang menjadi ahlijawatankuasa Gabungan Masuh PPSMI (GMP) adalah dalam kalangan mereka yang pernah berbakti kepada Negara dalam memartabatkan bangsa termasuk sasterawan Negara Dato’ A.Samad Said, Datuk Dr. Hassan Ahmad yang merupakan bekas Bekas Ketua Pengarah DBP, Prof. Dr Shahrir Md Zain Dr., Mantan Profesor Matematik Fizik, UKM & dan Mantan Profesor Matematik UMT dan beberapa Ngo yang turut menyuarakan bantahan ini antaranya Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan lain-lain atas dasar melanggar perlembagaan bahasa kebangsaan Akta 152.


Namum begitu tidak dinafikan sumbangan beberapa ahli poltik dalam bantahan ini termasuk Anwar Ibrahim dan pimpinan PKR, Dato’Sri Abdul Hadi Awang serta pimpinan PAS, Dato Dr. Khair Toyo (Bekas MB Selangor), Dr. Rais Yatim ( Menteri Penerangan dan Kebudayaan) dan ramai lagi.


Ini menunjukan pemansuhan PPSMI adalah tepat dan telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri YAB. Dato’ Muhyiddin Yasin dimana ia akan dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. Namun begitu ini tidak bererti tugas GMP sudah selesai kerana pihak penyokong PPSMI ini akan mencari jalan agar PPSMI ini dikekalkan atau dipinda.

Hanyalah "1"

Photobucket

Demi Waktu


Sabda Hikmah

"Firman Allah Dalam Surah Annahlu : Serulah (Wahai Muhammad)manusia ke jalan tuhan kamu dengan bijaksana(hikmah) dan memberi pengajaran yang baik...."

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH Kerana Sudi Melawat Laman Blog Saya ini dan akan di kongsikan pelbagai isu semasa yang berkaitan dengan aqidah, politik, remaja,pelajar Islam dan masyarakat

Mulakan setiap permulaan dengan kebaikan, nescaya ia akan berakhir dengan kebaikan - falsafah diri

Rasulullah s.a.w bersabda:Di antara tanda-tanda kiamat ialah: berkurangnya ilmu, meratanya kebodohan, berlakunya (merebaknya) perzinaan dan banyaknya perempuan serta sedikitnya lelaki sehingga bagi lima puluh perempuan hanya seorang pengawalnya.” (Bukhari)

Rasulullah s.a.w bersabda:”Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat.” (Muslim)

”Rasulullah s.a.w menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata:”Luruskan barisanmu, jangan bengkok-bengkok kerana barisan yang bengkok, nescaya akan menyebabkan hatimu berpecah-belah. Orang dewasa yang cerdik dan pandai hendaklah berdiri dekat di belakangku, kemudian yang pandai dan seterusnya.” (Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:”Jangan memarahi wanita mukminah. Jika kamu benci akan perangainya, nescaya ada pula yang menyenangkan daripadanya.” (Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.” (Muslim)

Rasulullah s.a.w ditanya orang:”Solat malam yang bagaimanakah yang lebih baik? Jawab Rasulullah s.a.w,:” Yang lama berdirinya.” Riwayat Abu Daud

nabi s.a.w, sabdanya:”Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.” (Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda:” Kamu wajib patuh dan setia sama ada dalam keadaan susah mahupun senang, disukai atau dibenci dan biarpun merugikan kepentinganmu.” (Muslim)

Nabi s.a.w bersabda: "Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid - Malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, Malaikat-malaikat itu melipat lembaran-lembaran surat yang ditulisnya serta mereka datang mendengar khutbah."

"Menaladani Qudwah, Membina generasi."

HIDUP BIAR BERJASA

Be Friends

Kalendar

Dapatkan Segera!!! 5 Dasawarsa PKPIM

Ruangan Sapaan



Yahoo Messangers

Translater Languange

Powered by
+ Grab this widget
note: if you do not understand in bahasa, please click on the flag to translate

Quran Cyber

Pastikan HALAL

Masukkan No.Kod Bar :


IPT Tempatan

Button Link

Copy n Paste on your WeBlog,Friendster or My Space


archive